relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/148/ title: AMALAN KEPEMIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR creator: Mohd. Suhaimi , Mohamed Ali, Ph.D. BPPDP creator: Sharifah , Md Nor, Ph.D. creator: Zaidatol Akmaliah, Lope Pihie, Ph.D. subject: LB1603 Secondary Education. High schools description: Pengetua merupakan pemimpin organisasi sesebuah sekolah. Mereka mempunyai tanggungjawab yang berat kerana perlu memahami konteks sekolah sebelum perancangan program yang bersesuaian dapat dilaksanakan. Setiap sekolah itu adalah unik dari segi sosio-budaya dan keperluan warganya. Perlantikan pengetua diharap dapat memberi impak kepada organisasi yang dipimpinnya. Persekitaran luar bandar memerlukan pengetua itu mempelajari sistem sosial sekolah berkenaan supaya dapat bertugas dengan berkesan malahan mampu memberi sumbangan positif berlandaskan amalan kepemimpinannya. Melalui cara ini, pihak sekolah dapat membantu murid luar bandar mendapat pendidikan berkualiti. Pengetua diandaikan dapat mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang teratur, cekap dan diurus dengan baik kerana ia merupakan salah satu prasyarat untuk meningkatkan proses pengajaran, memotivasi guru dan pembelajaran murid. publisher: Institut Aminuddin Baki date: 2007-06-25 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/148/1/PROSIDING_SN_14.pdf_1.pdf identifier: Mohd. Suhaimi , Mohamed Ali, Ph.D. BPPDP and Sharifah , Md Nor, Ph.D. and Zaidatol Akmaliah, Lope Pihie, Ph.D. (2007) AMALAN KEPEMIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-14 2007. pp. 1-15. ISSN 983-9479-17-2