eprintid: 1480 rev_number: 6 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/14/80 datestamp: 2023-12-13 07:31:50 lastmod: 2023-12-13 07:31:50 status_changed: 2023-12-13 07:31:50 type: article metadata_visibility: show creators_name: Mat Said, Azarul Razamin creators_name: Che Omar, Mustafa creators_name: Omar, Najmiah creators_name: Ghazali, Mohd Allnurulhuda creators_id: azarul76@gmail.com creators_id: mustafa@unisza.edu.my creators_id: najmiah@unisza.edu.my creators_id: allnurulhuda@moe.gov.my title: Meningkatkan pembangunan profesional dan kompetensi Guru Kementerian Pendidikan Malaysia: satu analisis kritis ispublished: pub subjects: L1 divisions: JPS full_text_status: public keywords: Profesionalisme Guru, Kompetensi, Pelan Induk Pembangunan Profesional Keguruan, Standard Guru Malaysia, Pembangunan Profesional Berterusan abstract: Tahap kompetensi guru yang rendah boleh mengakibatkan pengajaran yang tidak berkualiti dan memberi implikasi yang negatif terhadap perkembangan pembelajaran murid di sekolah. Kertas kajian ini menyediakan analisis kritis terhadap strategi dan program yang telah digunakan dalam meningkatkan pembangunan profesional dan daya saing guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep pembangunan profesional dan kompetensi guru, faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan tersebut, dan keberkesanan strategi dan program yang digunakan untuk meningkatkan nilai profesional keguruan dan daya saing guru-guru di Malaysia. Menggunakan kaedah penyelidikan konseptual, kajian ini mengumpulkan dan menganalisis maklumat dari pelbagai sumber termasuk sumber-sumber literatur, dokumen rasmi, dan laporan penyelidikan terkini yang berkaitan dengan pembangunan profesional dan kompetensi guruguru KPM. Penemuan kajian menunjukkan bahawa Standard Guru Malaysia (SGM) memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, sejarah, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, sains, dan pendidikan Islam. Program-program pembangunan profesional seperti kursus, bengkel, dan program latihan adalah penting untuk meningkatkan daya saing guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelan Induk Pembangunan Profesional Keguruan (PIPPK) dan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) adalah dua inisiatif utama yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan program pembangunan profesional guru dan meningkatkan daya saing mereka. Kajian ini menyarankan program-program pembangunan profesional guru seperti kursus, bengkel, dan program latihan harus ditingkatkan sebagai aspek penting dalam meningkatkan daya saing dan pengetahuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia date: 2023-03-30 date_type: published publication: Global Journal of Education Research & Management (GERMANE) volume: 3 number: 1 pagerange: 63-71 refereed: TRUE issn: e-ISSN 2805-4695 citation: Mat Said, Azarul Razamin and Che Omar, Mustafa and Omar, Najmiah and Ghazali, Mohd Allnurulhuda (2023) Meningkatkan pembangunan profesional dan kompetensi Guru Kementerian Pendidikan Malaysia: satu analisis kritis. Global Journal of Education Research & Management (GERMANE), 3 (1). pp. 63-71. ISSN e-ISSN 2805-4695 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/1480/1/63_71_Azarul%2Bet%2Bal_Kompetensi%2BGuru.pdf