%0 Journal Article %@ e-ISSN: 2805-4695 %A Abdul Rahman, Norazizah %A Mustan, Nakoo %A Hashim, Nor Hasimah %A Ismail, Indera Syahir %A Mohd Sani, Mohd Huzairi %A Minhat, Noraliza %A Teh, Kim Peng %F iab_repo:1488 %J Global Journal of Education Research & Management (GERMANE) %K Kajian Tindakan, Pemimpin sekolah, Integrasi Teknologi, Kesediaan %N 4 %P 386-394 %T Keberkesanan Kursus Penyelidikan Kajian Tindakan dalam kalangan Pemimpin Sekolah (SLT) menerusi pengintegrasian teknologi semasa pasca pandemik di negeri Terengganu %U http://eprints.iab.edu.my/v2/1488/ %V 2 %X Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) di bawah Anjakan ke-5 memfokuskan keutamaan sistem pendidikan Malaysia adalah memastikan penempatan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah. Sehubungan itu, Institut Aminuddin Baki, telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kursus Kajian Tindakan untuk meningkatkan kemahiran penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pemimpin sekolah bagi tujuan membudayakan kajian tindakan dalam membuat penambahbaikan instruksional secara sistematik untuk melonjakkan pencapaian sekolah seiring dengan tuntutan Transformasi Sekolah 25 dan Revolusi Industri ke Empat (4IR). Justeru, kajian diskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap keberkesanan kursus penyelidikan Kajian Tindakan dalam kalangan pemimpin sekolah (SLT) sekolah rendah di negeri Terengganu. Oleh itu, keberkesanan kursus penyelidikan Kajian Tindakan diukur menerusi tahap pengetahuan dan kefahaman peserta tentang kajian Tindakan. Seramai 56 orang pemimpin sekolah (SLT) merupakan responden bagi kajian ini. Responden merupakan pemimpin SLT daripada dua buah daerah dalam negeri Terengganu iaitu Besut, dan Kemaman. Set soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data dalam kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS). Sehubungan itu, pelaporan kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman pemimpin sekolah (SLT) terlibat adalah pada tahap yang tinggi selepas menjalani Kursus Kajian Tindakan anjuran IAB. Selain itu, dicadangkan agar Kursus Kajian Tindakan memberi penekanan terhadap keupayaan menghasilkan kertas lengkap kajian dan membentangkan hasil kajian di semua peringkat.