@article{iab_repo1491, title = {Tahap profesionalisme guru pendidikan islam sekolah rendah dalam bidang jawi}, volume = {3}, pages = {1--16}, author = {MOHD MAZHAN TAMYIS}, year = {2023}, month = {March}, journal = {Advanced resfarch in islamic studies and education}, number = {1}, abstract = {Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap profesionalisme guru pendidikan Islam (GPI) dalam bidang Jawi di sekolah rendah berdasarkan empat konstruk, iaitu kompetensi pengajaran, watak GPI, komitmen kerjaya dan tanggungjawab luar kelas. Kajian melibatkan 120 orang responden terdiri daripada GPI sekolah rendah di empat buah daerah di negeri Selangor yang dipilih secara rawak. Bagi mencapai objektif kajian satu set soal selidik yang mengandungi 20 item digunakan sebagai instrumen. Dapatan dari soal selidik dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan min dan sisihan piawai bagi setiap item berasaskan nilai interpretasi tahap pelaksanaan, iaitu sangat rendah, rendah, sederhana, tinggi dan sangat tinggi. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap profesionalisme GPI dalam bidang Jawi berada pada tahap yang tinggi. Walaupun begitu, GPI disarankan agar terus meningkatkan kecemerlangan kerjaya mereka melalui usaha kolaboratif sesama rakan sejawat yang menjurus kepada peningkatan pembelajaran murid dan pelestarian Jawi di sekolah. Kajian akan datang juga mungkin diperlukan bagi meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti profesionalisme GPI dalam pelaksanaan bidang Jawi di sekolah rendah}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1491/}, keywords = {Profesionalisme Guru, Guru Pendidikan Islam, Sekolah Rendah, Bidang Jawi.} }