TY - JOUR SP - 1 IS - 1 KW - Kepimpinan Distributif KW - Kepuasan Kerja KW - Guru KW - Sekolah Amanah AV - public TI - Kepimpinan Distributif Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Klang JF - Jurnal Dunia Pendidikan UR - http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd ID - iab_repo1516 SN - 2682-826X EP - 15 VL - 6 A1 - Mohamad Azhar, Nurul Athirah A1 - A. Hamid, Aida Hanim N2 - Perubahan yang semakin pesat berlaku dalam dunia pendidikan menyebabkan tugasan kerja warga pendidik menjadi semakin kompleks dan seterusnya memberi kesan terhadap kepuasan kerja guru. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kempipinan distributif guru besar dan tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah serta hubungan di amalan kepimpinan distributif guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah di daerah Klang, Selangor. Kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini melibatkan 152 orang guru dari empat buah sekolah amanah di daerah Klang. Instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) yang dibangunkan oleh Gordon (2005) dan Job Satisfaction Scale(JSS) yang dibangunkan oleh Spector (1997) digunakan untuk mengumpul data. Instrumen tersebut telah diuji rintis dan mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.91. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27.0 untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan distributif guru besar adalah di tahap yang sangat tinggi (min=4.42, SP=0.39), manakala tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah daerah Klang adalah di tahap yang tinggi (min=4.23, P=0.47). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan (r=0.71) antara amalan kepimpinan distributif guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah di daerah Klang. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pembuat dasar dan latihan kepimpinan kepada para pemimpin sekolah serta rujukan para pentadbir untuk menilai dan menambah baik amalan kepimpinan mereka. Kesimpulannya, guru besar perlu mengamalkan amalan kepimpinan distributif agar tahap kepuasan kerja guru dapat ditingkatkan dan kejayaan sekolah dapat dicapai. Y1 - 2024/// ER -