relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/152/ title: ASPEK PERUNDANGAN DALAM PEMBANGUNAN KAPASITI KEPIMPINAN SEKOLAH creator: Tie, Fatt Hee subject: LB1603 Secondary Education. High schools description: Pelaksanaan PeIan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 mempertingkatkan tuntutan akauntabiliti di kalangan pemimpin sekolah. Perubahan tersebut juga didorong oleh perubahan dalam masyarakat yang bertambah kompleks. Tuntutan yang baru memerlukan pemimpin sekolah mengubahsuaikan amalan pengurusan dan pentadbiran untuk menghadapi cabaran tersebut. Pembangunan kapasiti kepimpinan sekolah perlu melengkapkan pemimpin,dengan pengetahuan undang-undang yang sesuai supaya amalan yang betul dari perspektif undang-undang boleh mengurangkan risiko didakwa. Sekolah mengembangkan dasar, prosedur dan peraturan untuk memastikan bahawa langkah yang sesuai digunakan untuk menyediakan tempat yang selamat. Mahkamah akan campur tangan dalam urusan sekolah apabila pihak sekolah gagal menjalankan tanggungjawab perundangannya dengan baik. Sistem perundangan juga melindungi hak perlembagaan pelajar. Hak pelajar telah menimbulkan satu kontroversi pada masa ini kerana timbulnya beberapa kes yang baru. Perbincangan ini akan meneliti perkembangan dan pengaruh undang-undang dalam pendidikan serta implikasinya terhadap pemimpin sekolah. publisher: Institut Aminuddin Baki date: 2007-06-29 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/152/1/PROSIDING_SN_14.pdf_5.pdf identifier: Tie, Fatt Hee (2007) ASPEK PERUNDANGAN DALAM PEMBANGUNAN KAPASITI KEPIMPINAN SEKOLAH. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-14 2007. pp. 53-57. ISSN 983-9479-17-2