<> "The repository administrator has not yet configured an RDF license."^^ . <> . . . "Ketidakhadiran ke sekolah: faktor\r\npenyebab, aktiviti penyebab ponteng dan\r\naspirasi budaya belajar pelajar orang asli"^^ . "Tujuan– Salah satu masalah utama dalam pendidikan Orang Asli di seluruh negara adalah masalah ketidakhadiran ke sekolah. Justeru, kajian ini meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakhadiran pelajar Orang Asli ke sekolah. Adalah diandaikan bahawa kehidupan Orang Asli di luar sekolah lebih menarik minat mereka. Maka penerokaan terhadap aktiviti yang mereka lakukan ketika ponteng dilakukan. Kajian juga meneroka budaya pembelajaran yang menjadi aspirasi pelajar Orang Asli.\r\nMetodologi– Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes\r\nmenggunakan protokol temu bual ke atas pelajar Orang Asli yang kerap ponteng (n=5), ibu bapa (n=3) yang anaknya kerap ponteng sekolah, dan seorang pemimpin komuniti (Tok Batin) dari etnik Semelai di Negeri Sembilan. pelajar Analisis data menggunakan pendekatan bertema dan pengiraan terhadap peratus persetujuan Nilai Cohen Kappa menunjukkan pada tahap tinggi.\r\nDapatan–Empat tema punca ponteng sekolah adalah sikap pelajar, pengaruh rakan sebaya, tarikan ekologi sosial, dan sikap ambil mudah ibu bapa. Enam aktiviti utama yang dilakukan ketika ponteng sekolah adalah memungut hasil hutan, memburu, membantu keluarga, tangkap ikan, bercucuk tanam dan bersosial. Hasil kajian mendapati bahawa\r\nbudaya belajar yang menjadi aspirasi pelajar Orang Asli adalah pembelajaran yang bersifat praktikal dan relevan dengan cara hidup mereka.\r\nKepentingan– Kajian ini mengadaptasi Teori Faktor Tolak-tarik berkaitan faktor penolakan (pushing factors) dan faktor penarik (pulling factors) yang amat signifikan kepada pihak sekolah untuk merekabentuk strategi menggalakkan pelajar Orang Asli hadir ke sekolah berdasarkan faktor ponteng serta aspirasi budaya pembelajaran. Hasil kajian ini bermanfaat untuk pemegang taruh pendidikan Orang Asli untuk membina satu ekosistem pembelajaran yang bersifat praktikal dan relevan dengan kehidupan Orang Asli."^^ . "2022-01-31" . . "1" . . "MALAYSIAN JOURNAL OF LEARNING AND INSTRUCTION"^^ . . . "Malaysian Journal of Learning and Instruction"^^ . . . "277308" . . . . . . . . . . . . . . . . "Khairul Farhah"^^ . "Khairuddin"^^ . "Khairul Farhah Khairuddin"^^ . . "Mohd Mahzan"^^ . "Awang"^^ . "Mohd Mahzan Awang"^^ . . "Sayuti"^^ . "Ab Ghani"^^ . "Sayuti Ab Ghani"^^ . . "Abdul Razaq"^^ . "Ahmad"^^ . "Abdul Razaq Ahmad"^^ . . . . . . "Ketidakhadiran ke sekolah: faktor\r\npenyebab, aktiviti penyebab ponteng dan\r\naspirasi budaya belajar pelajar orang asli (PDF)"^^ . . . "MJLI 19 01 2022 277-308.pdf"^^ . . "HTML Summary of #1521 \n\nKetidakhadiran ke sekolah: faktor \npenyebab, aktiviti penyebab ponteng dan \naspirasi budaya belajar pelajar orang asli\n\n" . "text/html" . . . "L Education (General)"@en . . . "LA History of education"@en . .