eprintid: 1526 rev_number: 6 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/15/26 datestamp: 2024-07-23 04:12:18 lastmod: 2024-07-23 04:12:18 status_changed: 2024-07-23 04:12:18 type: article metadata_visibility: show creators_name: Syed Muhammad Rosmadi,, Syed Muhammad Alif creators_name: Alias,, Bity Salwana title: Amalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan tahap komitmen guru tahfiz di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Tahfiz Negeri Terengganu ispublished: pub subjects: L1 divisions: JPS full_text_status: public abstract: Pengetua memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi guru untuk menggalakkan komuniti pembelajaran yang aktif dan profesional. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan jenis hubungan yang wujud antara kepimpinan instruksional pengetua dan tahap komitmen guru tahfiz di sekolah menengah bantuan kerajaan (SABK) tahfiz di Negeri Terengganu. Kajian ini adalah tinjauan dengan pendekatan kuantitatif yang dilaksanakan melalui penyebaran borang soal selidik atas talian. Responden kajian ini terdiri daripada 148 orang guru yang bertugas di sekolah menengah bantuan kerajaan (SABK) tahfiz di Negeri Terengganu. Analisis deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional pengetua berada pada tahap tinggi min = 4.30. Manakala kajian tahap komitmen guru tahfiz pula berada tahap yang tinggimin = 3.90. Hasil analisis korelasi pearson, r= 0.671, p<0.01,menunjukkan bahawa kedua-duapemboleh ubah berhubung secara positif dengan kekuatan perhubungan pada tahap yang sederhana. Maka dapatan ini secara langsung menolak hipotesis nol (Ho1) kajian. Secara rumusannya, keputusan kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dan tahap komitmen guru tahfiz di sekolah menengah bantuan kerajaan (SABK) tahfiz di Negeri Terengganu. Oleh yang demikian, perbincangan kajian ini juga turut merangkumi implikasi dalam meningkatkan komitmen guru tahfiz untuk tugas disekolah terutama dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Kesimpulannya, kajian literatur menunjukkan bahawa amalan kepimpinan instruksional mempunyai keupayaan untuk meningkatkan komitmen guru terhadap tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran. publication: International Journal of Contemporary Education, Religious Studies and Humanities (JCERAH) volume: 4 number: 2 pagerange: 19-41 refereed: TRUE related_url_url: https://jurnal.nun-g.com/index.php/jcerah/article/view/152/383 related_url_type: pub citation: Syed Muhammad Rosmadi,, Syed Muhammad Alif and Alias,, Bity Salwana Amalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan tahap komitmen guru tahfiz di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Tahfiz Negeri Terengganu. International Journal of Contemporary Education, Religious Studies and Humanities (JCERAH), 4 (2). pp. 19-41. document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/1526/1/AMALAN%20KEPIMPINAN%20INSTRUKSIONAL%20PENGETUA%20DAN%20HUBUNGANNYA%20DENGAN%20TAHAP%20KOMITMEN%20GURU%20TAHFIZ%20DI%20SEKOLAH%20MENENGAH%20AGAMA%20BANTUAN%20KERAJAAN%20%28SABK%29%20TAHFIZ%20NEGERI%20TERENGGANU.pdf