%0 Journal Article %@ 2821-3173 %A Jamaludin, Nazrah %A Shaffeei, Kama %D 2023 %F iab_repo:1527 %J Jurnal Pendidikan Bitara UPSI %K Elemen, interaksi sosial, guru perdana, inklusif %P 45-54 %T Meneroka cabaran interaksi sosial guru perdana dalam pengajaran ke atas murid inklusif di aliran perdana. %U http://eprints.iab.edu.my/v2/1527/ %V 16 %X Kebanyakkan sekolah di pelbagai peringkat melaksanakan Pendidikan Inklusif kerana peningkatan enrolmen murid inklusif di arus perdana sebanyak 75% saban tahun. Ia menepati sasaran KPM dalam Gelombang 3 dalam PPPM 2021-2025. Pendidikan Inklusif merupakan salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan di Malaysia yang diinspirasikan dari pelbagai deklarasi antarabangsa. Pendidikan Inklusif masih lagi belum mencapai sasaran dan pendekatan terkini hanya memberi fokus ke atas kesediaan pelaksanaan pendidikan inklusif sahaja. Namun, kurang kajian yang membincangkan tentang aspek cabaran interaksi sosial guru inklusif dalam pengajaran secara khusus. Kajian kes tunggal ini dijalankan di Selangor ke atas tujuh peserta kajian yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan dengan nilai kebolehpercayaan Kappa 0.98 setelah 3 orang panel pakar membuat semakan dan pengesahan item. Instrumen ini dilaksanakan sebaik sahaja kajian rintis dijalankan dan menemukan satu tema baru iaitu sokongan sosial dalam interaksi sosial. Teknik pengumpulan data yang digunakan pengkaji ialah teknik temu bual sebagai data primer dan pemerhatian tidak turut serta dijadikan data sekunder. Pengkaji membuat triangulasi di antara data temu bual dan pemerhatian bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data. Hasil kajian mendapati terdapat empat aspek yang perlu ada dalam kesediaan pengajaran guru perdana iaitu sokongan emosi, pengurusan bilik darjah, sokongan instruksional dan sokongan sosial. Sokongan sosial merupakan penemuan baru dalam kajian ini yang tidak dinyatakan oleh pengkaji terdahulu dalam Model Pengajaran Interaksi. Guru memiliki keupayaan sosial yang agak baik semasa pengajaran namun mereka memerlukan sokongan dari pentadbir khususnya dalam menyediakan latihan khusus kepada guru perdana mendalami konsep serta amalan pengajaran sebenar Pendidikan Inklusif. Hasil dapatan bersama peserta kajian mereka berdepan dengan kesulitan dalam pengajaran yang melibatkan keperluan guru memberi sokongan emosi kepada murid, menguruskan bilik darjah, keupayaan memberi sokongan pengajaran kepada semua murid termasuklah keperluan sokongan sosial khasnya dari pihak pentadbir. Oleh itu, kajian lanjutan perlu diteruskan bagi melihat sejauh mana data statistik dapat menyokong dapatan kualitatif ini.