%K Distributif, kepimpinan, efikasi kendiri, pengetua, guru, sekolah menengah. %D 2024 %X Seorang pemimpin atau ketua mempunyai peranan penting dalam mewujudkan dasar dan matlamat ke arah kemajuan sekolah. Pemimpin perlu mempelbagaikan corak kepimpinan di sekolah agar sesuai dengan situasi. Kepimpinan distributif menekankan kerjasama dan kebersamaan dalam dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan distributif mampu memimpin dan mendorong ahli bersama-sama dalampengurusan, menyelesaikan pelbagai perkara dan membantu memudahkan sesuatu tugasan. Efikasi kendiri pula kemampuan seseorang itu menjalankan tugasan yang diberikan dengan keyakinan dan kesediaan yang tersendiri. Tujuan kajian ini ialah bagi mengetahui tahap kepimpinan distributif pengetua, efikasi kendiri guru dan hubunganantara kedua-dua pembolehubah. Daerah Saratok Sarawak merupakan tempat kajian. Kajian iniadalah berbentuk tinjauan yang dilaksanakan secara kuantitatif melalui soal selidik ke atas 186 responden dan dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian menunjukkan tahap kepimpinan distributif pengetua berada pada tahap tinggi(min=4.342, s.p=0.611). Manakala tahap efikasi kendiri guru juga berada pada tahap tinggi (min 4.324, s.p=0.404).Analisis kolerasi ujian kolerasipula menunjukkan terdapat hubungan positif signifikan tetapi sederhana telah diperolehi (r=0.306, p<0.01). Oleh itu kepimpinan distributif perlu dipraktikkan secara menyeluruh di peringkat sekolah agar dapat memberi kesan kepada efikasi kendiri guru di sekolah. Pengetua sebagai pemimpin perlu mengamalkan kepimpinan yang berkesan untuk menguruskan sekolah demi mencapai matlamat pendidikan. %A Muhamad Najib Yusuf %A Mohamed Yusof Mohd Noor %J Trends in Undergraduate Research %P 1-11 %T Kepimpinan distributif pengetua dan efikasi kendiri guru di Sekolah Menengah Daerah Saratok, Sarawak %N 1 %V 7 %L iab_repo1533