%0 Journal Article %@ e-ISSN : 2504-8562 %A Sallehuddin,, Nur Diyana %A Mohd Nor,, Mohamed Yusoff %D 2024 %F iab_repo:1534 %I Secholian Publication %J Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) %N 6 %T Amalan Kepimpinan Rabbani Pengetua terhadap Komitmen Guru di Maktab Rendah Sains MARA Hulu Perak (The Practice of Rabbani Leadership on Teacher’s Commitment in MARA Junior Science College Hulu Perak) %U http://eprints.iab.edu.my/v2/1534/ %V 9 %X Kajian ini mengkaji hubungan antara amalan kepimpinan Rabbani pengetua dengan komitmen guru di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) daerah Hulu Perak melalui pendekatan tinjauan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik atas talian. Seramai 127 orang guru di MRSM sekitar Hulu Perak terlibat sebagai responden. Persoalan kajian dijawab melalui analisis deskriptif dan inferens dengan menggunakan perisian SPSS 29.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan Rabbani pengetua secara keseluruhannya adalah tinggi (min=3.99; s.p=0.69), begitu juga dengan tahap komitmen guru (min=4.06; s.p=0.57), berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan namun magnitud lemah, antara kepimpinan Rabbani pengetua dan komitmen guru (r=0.454; p<0.01). Hasil dapatan akan memberikan implikasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), malah turut berfokus kepada peneraju sekolah melalui Latihan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (Domain Kompetensi Berkeperibadian Tinggi) dalam penerapan dimensi kepimpinan Rabbani yang bersesuaian. Satu inovasi baharu dalam dunia latihan pendidikan, dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dengan mengetengahkan kepimpinan Rabbani pengetua ini di sekolah-sekolah di Malaysia. Kesimpulannya, bagi memastikan kejayaan pelaksanaan amalan kepimpinan Rabbani, pengetua sebagai pemimpin sekolah perlulah menerapkan kepimpinan Rabbani ini, sebagai jalan alternatif kepimpinan Islam.