@article{iab_repo1546, title = {Amalan Kepimpinan Distributif Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Kurang Murid}, volume = {9}, pages = {1--22}, author = {Patricia Sheralin Peter and Aida Hanim A. Hamid}, year = {2024}, publisher = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities}, number = {7}, journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)}, abstract = {Kajian ini bertujuan untuk pengenalpastian amalan kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah kurang murid di daerah Lubok Antu, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan kepemimpinan distributif guru besar, tahap kepuasan kerja guru dan juga hubungan amalan kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru di sekolah kurang murid di daerah tersebut. Populasi kajian ini terdiri daripada 520 orang guru yang berkhidmat di 27 buah sekolah rendah di daerah Lubok Antu dan sampel kajian adalah seramai 108 orang guru dari sekolah kurang murid di daerah tersebut. Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan pendekatan tinjauan melalui soal selidik yang dijana dalam bentuk google form yang kemudiannya disebarluaskan secara dalam talian. Kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Data yang diperolehi telah dianalisis untuk mendapatkan statistik deskriptif frekuensi, skor min dan sisihan piawai. Selain itu, ujian kolerasi Pearson telah digunakan untuk mengenal pasti hubungan amalan kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja guru di sekolah kurang murid di daerah Lubok Antu, Sarawak. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan tahap amalan kepimpinan distributif dan hubungan antara kepimpinan distributif guru besar dengan kepuasan kerja guru berada pada tahap yang tinggi. Ujian kolerasi Pearson telah menunjukkan amalan kepimpinan distributif mempunyai hubungan positif pada tahap kukuh dan signifikan dengankepuasan kerja guru (r: .565, P: 0.001).Implikasi daripada kajian ini adalah penyediaan program latihan kepimpinan kepada guru besar yang baru dan telah lama dilantik sebagai guru besar agar dapat membentuk amalan kepimpinan distributif dalam kalanganpemimpin sekolah secara berkesan.}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1546/}, keywords = {Distributive leadership practices, Teachers? job satisfaction, Low enrolment school} }