eprintid: 1548 rev_number: 6 eprint_status: archive userid: 617 dir: disk0/00/00/15/48 datestamp: 2024-08-06 08:08:00 lastmod: 2024-08-06 08:08:00 status_changed: 2024-08-06 08:08:00 type: article metadata_visibility: show contact_email: aaronkong9150@gmail.com creators_name: Hock, Kong Chak creators_name: Choon Lian, Denise Koh title: Tahap Literasi Fizikal Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah di Sarawak ispublished: pub subjects: L1 divisions: JPS full_text_status: public keywords: Literasi fizikal, Guru pendidikan jasmani, Faktor demografi, Physical literacy, Physical education teachers, Demographic factors abstract: Guru Pendidikan Jasmani (PJ) memainkan peranan penting dalam proses mendidik murid dari aspek jasmani untuk mencapai matlamat falsafah pendidikan negara. Guru PJ yang mempunyai literasi fizikal tinggi mampu menjadi contoh kepada pelajar dan dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dalam waktu PJ. Jadi, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan literasi fizikal berdasarkan ciri demografi responden seperti indeks jisim badan, kekerapan bersukan dalam seminggu dan pencapaian tertinggi dalam sukan. Borang soal selidik diberikan kepada guru PJ sekolah-sekolah rendah di Sarawak secara atas talian melalui aplikasi Telegram. Seramai 180 orang guru PJ (80 orang lelaki dan 100 orang perempuan) telah mengisi soal selidik tersebut. Dapatan kajian menunjukkan guru PJ sekolah rendah di Sarawak mempunyai tahap literasi fizikal yang tinggi (min = 4.19, sp = 0.380). Terdapat perbezaan yang signifikan tahap literasi fizikal guru PJ sekolah rendah di Sarawak berdasarkan jantina (. F=17.332, p=0.00), kekerapan bersukan dalam seminggu (F=14.914, p<0.01) dan tahap pencapaian sukan (F=6.556, p<0.001) guru PJ. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan antara literasi fizikal guru PJ dengan BMI guru (F=0.025, p=0.876) melalui ujian regresi. Namun begitu, hasil kajian mendapati 30.6% responden mengalami masalah berat badan berlebihan dan 10% responden adalah obes. Seorang guru PJ yang mempunyai BMI yang normal mampu menjadi teladan dan inspirasi kepada murid dalam aspek kecergasan dan kesihatan. Guru berliterasi fizikal yang tinggi pula dapat memberikan motivasi kepada murid untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, guru PJ berliterasi fizikal tinggi dapat membantu dalam keberkesanan pembelajaran subjek pendidikan jasmani dengan demonstrasi yang sesuai. date: 2024 publication: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) volume: 9 number: 7 publisher: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities pagerange: 1-15 refereed: TRUE issn: e2504-8562 official_url: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh related_url_url: https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/2890/1919 citation: Hock, Kong Chak and Choon Lian, Denise Koh (2024) Tahap Literasi Fizikal Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah di Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9 (7). pp. 1-15. ISSN e2504-8562 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/1548/1/5_Tahap%20%20Literasi%20%20Fizikal%20%20Guru%20%20Pendidikan%20%20Jasmani%20%20Sekolah%20%20Rendah%20%20di%20Sarawak.pdf