@article{iab_repo1555, year = {2024}, number = {54}, volume = {9}, journal = {INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC)}, author = {Nor ?Ashikin Mohd Nor and Khadijah Abdul Razak}, month = {June}, pages = {1--16}, title = {Penerapan eleman didik hibur melalui modul J-ZIKR di negeri johor}, abstract = {Bacaan Iqra? merupakan pendidikan asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum menguasai al-Quran. Namun begitu masih terdapat murid khususnya murid tahun 6 yang tercicir dalam menguasai bacaan Iqra? dan belum mengenal huruf hijaiyyah. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penerapan didik hibur dalam Modul J-Zikr untuk meningkatkan kemampuan murid Tahun 6 membaca Iqra? 1, 2 dan 3 dan strategi yang dilaksanakan oleh guru bagi mengatasi masalah keciciran murid dalam membaca al-Quran. Reka bentuk kajian berbentuk kualitatif iaitu melalui kaedah temubual terhadap dua orang Jurulatih Utama J-Zikr Negeri Johor, analisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian melalui analisis dokumen terhadap 83 murid yang menjadi peserta program J-Zikr menunjukkan terdapat pencapaian yang positif dengan 36\% murid telah mencapai tahap Modul Emas, 26\% mencapai tahap Modul Perak, 37\% murid di tahap Modul gangsa dan hanya 1\% yang masih tiada peningkatan.Dapatan kajian ini berfokus kepada keberkesanan modul J-Zikr dan juga perancangan dan strategi Jurulatih Utama Negeri Johor untuk mengatasi masalah keciciran murid. Pencapaian murid melalui progam yang dijalankan menunjukkan bahawa Modul J-Zikr amat sesuai digunakan untuk membantu murid-murid cicir al-Quran. Namun begitu, Modul J-Zikr ini perlulah ditambah baik dengan menambah lebih banyak elemen didik hibur serta disebarluaskan untuk manfaat ramai.}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1555/}, keywords = {Didik Hibur, Modul J-Zikr, Nyanyian, Pembayang Huruf, Iqra?} }