relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1555/ title: Penerapan eleman didik hibur melalui modul J-ZIKR di negeri johor creator: Mohd Nor, Nor ‘Ashikin creator: Abdul Razak, Khadijah subject: L Education (General) description: Bacaan Iqra’ merupakan pendidikan asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum menguasai al-Quran. Namun begitu masih terdapat murid khususnya murid tahun 6 yang tercicir dalam menguasai bacaan Iqra’ dan belum mengenal huruf hijaiyyah. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penerapan didik hibur dalam Modul J-Zikr untuk meningkatkan kemampuan murid Tahun 6 membaca Iqra’ 1, 2 dan 3 dan strategi yang dilaksanakan oleh guru bagi mengatasi masalah keciciran murid dalam membaca al-Quran. Reka bentuk kajian berbentuk kualitatif iaitu melalui kaedah temubual terhadap dua orang Jurulatih Utama J-Zikr Negeri Johor, analisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian melalui analisis dokumen terhadap 83 murid yang menjadi peserta program J-Zikr menunjukkan terdapat pencapaian yang positif dengan 36% murid telah mencapai tahap Modul Emas, 26% mencapai tahap Modul Perak, 37% murid di tahap Modul gangsa dan hanya 1% yang masih tiada peningkatan.Dapatan kajian ini berfokus kepada keberkesanan modul J-Zikr dan juga perancangan dan strategi Jurulatih Utama Negeri Johor untuk mengatasi masalah keciciran murid. Pencapaian murid melalui progam yang dijalankan menunjukkan bahawa Modul J-Zikr amat sesuai digunakan untuk membantu murid-murid cicir al-Quran. Namun begitu, Modul J-Zikr ini perlulah ditambah baik dengan menambah lebih banyak elemen didik hibur serta disebarluaskan untuk manfaat ramai. date: 2024-06-12 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1555/1/PENERAPAN%2BELEMEN%2BDIDIK%2BHIBUR%2BMELALUI%2BMODUL%2B%2BJ-ZIKR%2BDI%2BNEGERI%2BJOHOR%2B.pdf identifier: Mohd Nor, Nor ‘Ashikin and Abdul Razak, Khadijah (2024) Penerapan eleman didik hibur melalui modul J-ZIKR di negeri johor. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9 (54). pp. 1-16.