TY - JOUR N2 - Bacaan Iqra? merupakan pendidikan asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum menguasai al-Quran. Namun begitu masih terdapat murid khususnya murid tahun 6 yang tercicir dalam menguasai bacaan Iqra? dan belum mengenal huruf hijaiyyah. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penerapan didik hibur dalam Modul J-Zikr untuk meningkatkan kemampuan murid Tahun 6 membaca Iqra? 1, 2 dan 3 dan strategi yang dilaksanakan oleh guru bagi mengatasi masalah keciciran murid dalam membaca al-Quran. Reka bentuk kajian berbentuk kualitatif iaitu melalui kaedah temubual terhadap dua orang Jurulatih Utama J-Zikr Negeri Johor, analisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian melalui analisis dokumen terhadap 83 murid yang menjadi peserta program J-Zikr menunjukkan terdapat pencapaian yang positif dengan 36% murid telah mencapai tahap Modul Emas, 26% mencapai tahap Modul Perak, 37% murid di tahap Modul gangsa dan hanya 1% yang masih tiada peningkatan.Dapatan kajian ini berfokus kepada keberkesanan modul J-Zikr dan juga perancangan dan strategi Jurulatih Utama Negeri Johor untuk mengatasi masalah keciciran murid. Pencapaian murid melalui progam yang dijalankan menunjukkan bahawa Modul J-Zikr amat sesuai digunakan untuk membantu murid-murid cicir al-Quran. Namun begitu, Modul J-Zikr ini perlulah ditambah baik dengan menambah lebih banyak elemen didik hibur serta disebarluaskan untuk manfaat ramai. SP - 1 JF - INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC) EP - 16 VL - 9 KW - Didik Hibur KW - Modul J-Zikr KW - Nyanyian KW - Pembayang Huruf KW - Iqra? AV - public ID - iab_repo1555 TI - Penerapan eleman didik hibur melalui modul J-ZIKR di negeri johor IS - 54 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1555/ A1 - Mohd Nor, Nor ?Ashikin A1 - Abdul Razak, Khadijah Y1 - 2024/06/12/ ER -