relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1564/ title: Hubungan Antara Kepimpinan Instruktional Dengan Kesediaan Guru Dalam Penggunaan E-Pembelajaran Dalam Proses PDP creator: Malarvele, Govindasamy creator: Abdul Wahab, Jamalullaail subject: L Education (General) description: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua dan tahap kesediaan guru dalam e-pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan kesediaan guru sekolah menengah di daerah barat daya, P. Pinang. Kaedah tinjauan kajian dipilih berbentuk kuantitatif yang melibatkan sampel kajian seramai 190 orang guru dari 5 buah sekolah menengah di daerah barat daya, P. Pinang. Objektif kajian diperolehi dengan menganalisa data menggunakan perisian SPSS versi 25 dengan menjalankan analisis deskriptif dan analisis inferensi iaitu ANOVA sehala serta Korelasi Pearson. Hasil kajian ini menunjukkan amalan kepimpinan instruksional pengetua adalah tinggi (Min = 4.19; s.p.= 0.554). Tahap kesediaan guru juga adalah sangat tinggi (Min= 4.22; s.p.= 0.926). Analisis inferensi ujian ANOVA sehala menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan guru di daerah barat daya, P. Pinang (p<0.05). Manakala, hasil ujian korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan signifikan yang kuat antara tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan kesediaan guru (r = 0.522). Pemimpin sekolah dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru melalui amalan kepimpinan instruksional, seperti yang disokong oleh implikasi kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa guru sekolah rendah di daerah barat daya, P. Pinang memandang tinggi amalan kepimpinan instruksional guru besar. Kajian ini diharap dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai tambah dan rujukan dalam bidang kepimpinan pendidikan di Malaysia, terutamanya berkaitan dengan kepimpinan instruksional secara langsung dan tidak langsung. date: 2024-04-30 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1564/1/document.pdf identifier: Malarvele, Govindasamy and Abdul Wahab, Jamalullaail (2024) Hubungan Antara Kepimpinan Instruktional Dengan Kesediaan Guru Dalam Penggunaan E-Pembelajaran Dalam Proses PDP. Jurnal Dunia Pendidikan, 6 (1). pp. 568-576. ISSN e-ISSN: 2682-826X relation: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd