eprintid: 157 rev_number: 8 eprint_status: archive userid: 3 dir: disk0/00/00/01/57 datestamp: 2013-03-06 07:10:11 lastmod: 2013-03-06 07:10:11 status_changed: 2013-03-06 07:10:11 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Mazlan, Samsudin creators_name: Ahmad Rafee, Che Kassim creators_id: mazlan@iab.edu.my creators_id: ahmadrafee@iab.edu.my corp_creators: Institut Aminuddin Baki title: e-TAKSIRAN: INOVASI DALAM PROGRAM TAKSIRAN ispublished: pub subjects: LB1603 full_text_status: public keywords: e-taksiran, taksiran, kepimpinan, pemimpin, ketrampilan, pendidikan abstract: Pelbagai kaedah telah dicuba untuk membina dan memperkembangkan keterampilan pemimpin-pemimpin pendidikan, namun masih belum terdapat satu proses berstruktur yang komprehensif yang berupaya mentaksir keterampilan dan seterusnya memberi perakuan atau cadangan untuk pembangunan individu. Pentaksiran keterampilan yang dijalankan berkait rapat dengan tugas dan peranan kepemimpinan pendidikan akan mencerminkan potensi individu berkenaan. Pendekatan sebegini akan mengurangkan risko pemilihan calon yang kurang layak atau kurang matang untuk menjawat jawatan yang akan diamanahkan kepada mereka. Pentaksiran dan latihan perkembangan yang terancang akan membantu mengelakkan dari berlakunya kenaikan pangkat secara premature disebabkan kesilapan ketara dalam pemilihan calon bagi menjawat jawatan kenaikan pangkat di sekolah mahupun eksekutif dalam organisasi pendidikan yang lain (IAB, 1998). Latihan perkembangan berdasarkan analisis keperluan yang diperolehi melalui pentaksiran akan lebih bermakna untuk meningkatkan kemahiran dan ketrampilan seseorang pemimpin pendidikan. Data dan maklumat yang diperolehi selepas proses taksiran diyakini dapat membantu agensi-agensi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuat keputusan bagi melantik pemimpin yang sesuai untuk jawatan kenaikan pangkat atau merancang latihan yang sesuai untuk peningkatan dan pembangunan ketrampilan pengurusan dan kepemimpinan pendidikan. Penggunaan kaedah taksiran tradisional telah banyak membantu pihak KPM melaksanakan tugas pemilihan calon yang sesuai untuk tujuan tertentu. Namun begitu, pemilihan calon yang ramai untuk tujuan kenaikan pangkat hasil daripada pelaksanaan dasar terkini memerlukan pendekatan proses taksiran yang berbeza bagi membolehkan proses taksiran dijalankan dalam tempoh yang lebih singkat tanpa memerlukan calon menghadirinya secara berulang-ulang seperti dalam taksiran tradisional. date: 2007-06-25 date_type: published publication: Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-14 2007 publisher: Institut Aminuddin Baki pagerange: 143-154 refereed: TRUE issn: 983-9479-17-2 citation: Mazlan, Samsudin and Ahmad Rafee, Che Kassim (2007) e-TAKSIRAN: INOVASI DALAM PROGRAM TAKSIRAN. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-14 2007. pp. 143-154. ISSN 983-9479-17-2 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/157/1/PROSIDING_SN_14.pdf_10.pdf