eprintid: 1590 rev_number: 6 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/15/90 datestamp: 2025-03-05 01:28:28 lastmod: 2025-03-05 01:28:28 status_changed: 2025-03-05 01:28:28 type: article metadata_visibility: show creators_name: Zainal, Surayati creators_name: Abdullah, Mohd Yusof title: Program transformasi sekolah 2025 (ts25): hubungan amalan Kepimpinan transformasional pengetua dan guru besar Dengan kepuasan kerja guru sekolah kohort 1 Zon selatan ispublished: pub subjects: L1 full_text_status: public keywords: Kepimpinan transformasional, pengetua dan guru besar, kepuasan kerja guru, guru sekolah yang melaksanakan Program Transfomasi Sekolah 2025 (TS25) kohort 1. abstract: Pendekatan kepimpinan transformasional telah diamalkan di kebanyakan negara membangun sebagai alternatif kepada kepimpinan sekolah dalam usaha untuk meningkatkan keberhasilan pelajar. Artikel ini bertujuan untuk melaporkan dan membincangkan dapatan kajian mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua dan guru besar dan tahap kepuasan kerja guru di sekolah rendah dan menengah di Malaysia dan hubungan antara variabel ini. Responden adalah seramai 465 orang guru dari 17 buah sekolah rendah dan menengah yang melaksanakan Program Transfomasi Sekolah 2025 (TS25) kohort 1 di Zon Selatan. Teknik persampelan rawak digunakan untuk memastikan setiap elemen dalam populasi mempunyai peluang yang saksama untuk dipilih sebagai persampelan. Ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) digunakan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua dan guru besar. Ujian Korelasi Linear Pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara empat dimensi dalam komponen variabel tidak bersandar (kepimpinan transformasional) dan variabel bersandar (kepuasan kerja). Dapatan kajian menunjukkan skor min keseluruhan bagi tahap kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua dan guru besar adalah tinggi (min = 3.93; SD = 0.624). Manakala skor min keseluruhan bagi tahap kepuasan kerja guru adalah tinggi (min = 4.03; SD= 0.34). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional pengetua dan guru besar (nilai pekali korelasi r = 0.684) dengan kepuasan kerja guru. Implikasi dapatan kajian terhadap kepimpinan transformasional dan kepuasan kerja guru telah dibincangkan dengan lebih lanjut. date: 2022-12-31 date_type: published publication: Jurnal Kesidang volume: 7 number: 224236 pagerange: 1-13 refereed: TRUE citation: Zainal, Surayati and Abdullah, Mohd Yusof (2022) Program transformasi sekolah 2025 (ts25): hubungan amalan Kepimpinan transformasional pengetua dan guru besar Dengan kepuasan kerja guru sekolah kohort 1 Zon selatan. Jurnal Kesidang, 7 (224236). pp. 1-13. document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/1590/1/Program%20Transformasi%20Sekolah%202025%20Ts25%20%20Hubungan%20Amalan.pdf