%J Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities %P 1-17 %N 4 %T Hubungan penguasaan teknologi dalam pengajaran bahasa melayu secara dalam talian terhadap kemahiran mendengar dan bertutur %L iab_repo1593 %V 9 %K Covid-19 Penguasaan Teknologi Bahasa Melayu Analisis Faktor Analisis Regresi %D 2024 %A Noormarizan Noormarizan Mohamed Nawi %A Ariff Ariff Mohamad %X Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara penguasaan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian terhadap aspek kemahiran mendengar dan bertutur. Kaedah penggunaan teknologi dalam pendidikan diperkenalkan sejak pandemik Covid-19 berleluasa di negara Malaysia. Pelbagai cara telah dijalankan, namun begitu, masih tiada perincian yang jelas tentang cara pelaksanaan latihan bagi aspek kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini melibatkan seramai 261 orang guru terlatih dari 39 buah sekolah menengah yang telah dipilih secara rawak. Bagi melaksanakan kajian ini, kaedah-kaedah seperti analisis faktor, ujian-t dan analisis regresi digunakan. Kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan teknologi maklumat dalam kalangan guru Bahasa Melayu semasa wabak pandemik Covid-19 adalah tidak positif disebabkan wabak yang berlaku terjadi secara tiba-tiba. Selain itu, kajian ini membuktikan bahawa guru lelaki adalah yang lebih bersedia berbanding dengan guru perempuan dalam proses pembelajaran pada musim norma baharu. Intiharnya, setiap individu perlu mempelajari serta bersedia dengan apa jua perubahan yang berlaku dalam bidang Pendidikan supaya dapat memperbaiki kelemahan dan kesilapan lampau dalam meneruskan kecemerlangan bidang Pendidikan negara.