relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1605/ title: Kepimpinan Instruksional Pemimpin Sekolah: Cabaran dan Strategi (School Leaders' Instructional Leadership: Challenges and Strategies) creator: Romeli,, Nurul Shuhada creator: Alias,, Bity Salwana subject: L Education (General) description: Walaupun amalan kepimpinan instruksional adalah amalan yang baik untuk mempengaruhi guru melaksanakan amalan pengajaran yang berkualiti dan menggalakkan pembelajaran berkesan oleh murid, namun kajian terdahulu menunjukkan masih terdapat pemimpin sekolah yang mengamalkannya pada tahap yang rendah. Justeru kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan cabaran pemimpin dalam mengamalkan kepimpinan instruksional dan strategi yang digunakan bagi menangani cabaran tersebut. Metod yang digunakan merupakan melalui pengumpulan literatur (data sekunder) berdasarkan pelbagai sumber ilmiah. Kertas konsep ini adalah berdasarkan analisis dan sintesis dapatan kajian terdahulu. Analisis dapatan kajian terdahulu menunjukkan antara cabaran yang dihadapi adalah bebanan yang dihadapi oleh guru, murid kurang berdisiplin dalam pembelajaran, latar belakang akademik murid yang rendah, sokongan ibu bapa yang rendah untuk pembelajaran, serta masalah yang berkaitan dengan infrastruktur. Manakala antara strategi yang digunakan untuk menangani cabaran ialah melaksanakan latihan pembangunan profesional untuk guru, meningkatkan disiplin murid dalam pembelajaran melalui pendekatan pengajaran berpusatkan murid, menggalakkkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam program akademik sekolah dan meningkatkan kualiti infrastuktur yang ada di sekolah. Kesimpulannya, strategi yang berkesan bagi menangani cabaran adalah perlu bagi pemimpin instruksional memastikan amalan pengajaran guru dan pembelajaran yang cemerlang. publisher: Secholian Publication date: 2025-04-30 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1605/1/Kepimpinan%20Instruksional%20Pemimpin%20Sekolah%20-%20Cabaran%20dan%20Strategi.pdf identifier: Romeli,, Nurul Shuhada and Alias,, Bity Salwana (2025) Kepimpinan Instruksional Pemimpin Sekolah: Cabaran dan Strategi (School Leaders' Instructional Leadership: Challenges and Strategies). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 10 (4). ISSN 2504-8562 relation: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/3134/2210