@article{iab_repo1613, year = {2023}, journal = {Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan}, number = {2}, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, title = {Pendidikan MADANI ke arah kelestarian pembangunan}, pages = {32--43}, volume = {36}, author = {Nor Zanariah Talib and Alias Mohamed Naim and Hazura Abdul Rahim}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1613/}, keywords = {Pendidikan, Nilai teras MADANI, Manusiawi, Karamah Insaniah, Kelestarian pembangunan}, abstract = {Pendidikan MADANI adalah suatu bidang baharu yang diketengahkan bagi memenuhi tuntutan situasi semasa dan keperluan pembangunan lestari dari segi pemikiran, spiritual dan kebendaan. Oleh itu, penulisan ini cuba mempromosikan idea besar sebagaimana yang diamanatkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh, Dato? Seri Anwar bin Ibrahim berkaitan membangun negara MADANI dengan memberi lebih tumpuan kepada bidang pendidikan. Latar belakang perubahan situasi dunia yang menjadi anteseden kepada tercetusnya idea MADANI dikupas serba ringkas dalam penulisan ini bagi memberi sedikit gambaran tentang senario yang berlaku sehingga membawa kita ke zaman pascanormal hari ini. Enam nilai teras kepada agenda untuk mengemudi negara di era pascanormal yang serba rumit, bercanggah dan penuh kekacauan ini dikaji dan dihuraikan satu persatu iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Akhir sekali, penulis membincangkan MADANI dalam pendidikan sebagai wadah bagi membina masyarakat yang adil dan masa hadapan Malaysia yang maju tanpa mengabaikan soal adab dan pembinaan karakter.} }