TY - JOUR JF - Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan TI - Instrumen penilaian kualiti pengajaran menti: Analisis faktor pengesahan AV - public KW - Analisis Pengesahan Faktor KW - Kesahan Konstruk KW - Mentor KW - Menti KW - SISC+ KW - Kualiti Pengajaran KW - Matriks Bimbingan Guru IS - 2 SP - 24 N2 - Artikel ini adalah berfokus untuk menentukan kesahan konstruk bagi kualiti pengajaran menti. Instrumen kualiti pengajaran diadaptasi daripada Matriks Bimbingan Guru yang digunakan oleh SISC+ semasa bimbingan dijalankan. Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang mempunyai 4 subkonstruk iaitu Perancangan, Penyampaian, Penilaian dan Semakan. Sampel kajian terdiri daripada 261 guru yang dibimbing oleh SISC+ dari 5 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For the Social Science (SPSS) dan Analysis of Moment Structures (AMOS). Analisis Faktor Pengesahan menunjukkan bahawa empat subkonstruk kualiti pengajaran menti yang diuji adalah sepadan dengan data kajian (RMSEA=0.062, CFI=0.972, CLI=0.963). Kesahan konvergen dan kebolehpercayaan komposit telah dipenuhi dalam kajian ini (muatan faktor > 0.5, AVE > 0.5, CR > 0.7). Oleh itu, instrumen ini adalah sah dan dipercayai kerana ia mampu mengukur kualiti pengajaran menti dengan baik. Y1 - 2023/// A1 - Mat Talha, Nor?ain A1 - Mohd Nor, Norazana A1 - Mudayat, Nurul Aini A1 - Ishak, Zahari VL - 36 EP - 31 ID - iab_repo1614 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1614/ ER -