%K guru, kepimpinan sekolah, focus group interview, temu bual kelompok %I Institut Aminuddin Baki %X Penyertaan guru dalam membuat keputusan di sekolah merupakan elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha untuk memperkasa pengurusan dan kepimpinan sekolah. Sehubungan itu para guru perlu diberi peluang untuk berkongsi kuasa dengan para pentadbir sekolah dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Guru yang berpeluang mempengaruhi sesuatu keputusan di sekolah akan lebih bermotivasi dan lebih komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka. Kertas kerja ini melaporkan dapatan kajian berkenaan dengan tahap penyertaan guru dalam membuat keputusan dalam pengurusan sekolah. Dengan menggunakan kaedah temu bual kelompok berfokus (focus group interview) terhadap tiga kumpulan guru, kajian ini mendapati wujudnya tiga keadaan penyertaan guru dalam membuat keputusan di sekolah; (1 )penyertaan sebenar guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah adalah rendah; (2) guru mempunyai peluang penyertaan sebenar, tetapi masih terbatas kerana keputusan akhir masih dalam tangan pengetua; (3) keadaan penyertaan guru dalam membuat keputusan di sekolah adalah bersifat kontekstual. Dapatan ini menyokong beberapa hasil kajian lain yang dilakukan di Malaysia. %A Abang Engkeh Abang Hut %A Othman Ahmad Tajuddin %D 2006 %P 1-10 %J Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13 2006 %L iab_repo162 %T PENYERTAAN GURU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DI SEKOLAH