TY - JOUR SN - e2504-8562 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1627/ ID - iab_repo1627 PB - Secholian Publication N2 - Isu keciciran murid B40 kekal sebagai cabaran signifikan dalam landskap pendidikan Malaysia meskipun pelbagai dasar diperkenalkan. Kajian ini bertujuan meneliti hubungan antara amalan pengurusan keperluan murid oleh pengetua dengan tahap keciciran murid B40 di Selangor. Kajian ini penting memandangkan keperluan untuk memahami peranan pengetua dalam menangani isu keciciran murid B40 secara holistik. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif melibatkan 23 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Selangor yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata dan 377 orang guru dengan teknik persampelan rawak mudah. Instrumen kajian adalah soal selidik menggunakan skala Likert lima mata. Data dianalisis secara statistik deskriptif (min, sisihan piawai) dan inferensi (ujian korelasi Pearson) menggunakan perisian SPSS versi 29. Dapatan menunjukkan amalan pengurusan keperluan murid oleh pengetua berada pada tahap sangat tinggi (min=4.274, SP=0.484) manakala keciciran murid B40 di Selangor berada pada tahap rendah (min=2.140, SP=0.572). Analisis korelasi menunjukkan hubungan negatif yang signifikan pada tahap sederhana (r=-0.382, p<0.001) yang bermakna semakin tinggi amalan pengurusan keperluan murid oleh pengetua, semakin rendah tahap keciciran murid B40. Kajian ini mengukuhkan implikasi Teori Keperluan Maslow yang menyatakan keperluan manusia perlu diurus dengan baik agar mereka bermotivasi untuk meneruskan persekolahan. Dalam konteks kajian ini, motivasi murid untuk hadir ke sekolah dapat dipengaruhi melalui pengurusan keperluan murid yang efektif oleh pengetua. Dapatan menunjukkan bahawa dimensi keperluan asas mencatatkan skor paling rendah dalam kalangan lima dimensi keperluan yang dikaji. Penemuan ini memberi isyarat bahawa aspek keperluan asas perlu diberikan perhatian dalam amalan pengurusan keperluan murid oleh pengetua terutamanya bagi murid B40 yang berisiko tinggi untuk tercicir. Y1 - 2025/06/30/ A1 - Ariffin,, Noor Syafiza A1 - Alias,, Bity Salwana JF - Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) TI - Hubungan antara amalan pengurusan keperluan murid oleh pengetua dengan tahap keciciran murid B40 di Selangor (the relationship between principals? management practices of students? needs and the dropout rate of B40 students in Selangor) AV - public ER -