@article{iab_repo163, pages = {11--18}, author = { Abdul Muthalib Nur Anuar and Abu Hassan Faridah and Zulkifli Rohana and Kosnan Md. Monoto and El-Emin Muhardi Nur Fakhriyyah }, journal = {Prosiding Seminar Nasional Pengurusan \& Kepimpinan Ke-13 2006}, month = {December}, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, year = {2006}, title = {KAJIAN PENILAIAN GRADUAN NPQH }, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/163/}, keywords = {Graduan NPQH, pemimpin}, abstract = {Pengetua dan Guru Besar merupakan penentu arah dan suasana sekolah. Sebagai pemimpin tertinggi di peringkat sekolah, Pengetua dan Guru Besar bertanggungjawab menentukan faktor-faktor di bawah penguasaan sekolah dimanfaatkan ke arah keberkesanan sekolah. Sekolah yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan sekolah yang berkesan. Sehubungan itu, Mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan pada 16 Februari 1998 telah memutuskan supaya diadakan program latihan kepada calon-calon Pengetua dan Guru Besar. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kursus Kepengetuaan yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Sekolah pada 28 Januari 1999 telah membuat keputusan untuk mewujudkan tiga program Latihan Kursus Kepengetuaan (NPQH) iaitu bagi guru bukan siswazah, guru siswazah sarjana muda dan guru siswazah sarjana. Mesyuarat Jawatankuasa lnduk Kursus Kepengetuaan pada 20 Februari 1999 pula telah memutuskan bahawa amalan dan prosedur perlantikan Pengetua dan Guru Besar sedia ada akan diteruskan. Program Kursus Kepengetuaan yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bertujuan memenuhi keperluan jangka panjang bagi menyediakan bakal-bakal pemimpin yang terlatih, mempunyai kelayakan akademik dan berketrampilan dalam bidang kepengetuaan. Matlamat kursus NPQH adalah untuk menyediakan barisan pentadbir sekolah yang mempunyai kelayakan akademik dan berketrampilan dalam bidang kepengetuaan. Mereka seharusnya mempunyai kualiti peribadi yang tinggi dan dapat menyumbang kepada pengurusan sekolah dari aspek pentadbiran, pengurusan kurikulum dan kokurikulum, pengajaran dan pembelajaran, serta dapat menjalin perhubungan yang balk dengan masyarakat. } }