%L iab_repo163 %T KAJIAN PENILAIAN GRADUAN NPQH %P 11-18 %J Prosiding Seminar Nasional Pengurusan & Kepimpinan Ke-13 2006 %X Pengetua dan Guru Besar merupakan penentu arah dan suasana sekolah. Sebagai pemimpin tertinggi di peringkat sekolah, Pengetua dan Guru Besar bertanggungjawab menentukan faktor-faktor di bawah penguasaan sekolah dimanfaatkan ke arah keberkesanan sekolah. Sekolah yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan sekolah yang berkesan. Sehubungan itu, Mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan pada 16 Februari 1998 telah memutuskan supaya diadakan program latihan kepada calon-calon Pengetua dan Guru Besar. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kursus Kepengetuaan yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Sekolah pada 28 Januari 1999 telah membuat keputusan untuk mewujudkan tiga program Latihan Kursus Kepengetuaan (NPQH) iaitu bagi guru bukan siswazah, guru siswazah sarjana muda dan guru siswazah sarjana. Mesyuarat Jawatankuasa lnduk Kursus Kepengetuaan pada 20 Februari 1999 pula telah memutuskan bahawa amalan dan prosedur perlantikan Pengetua dan Guru Besar sedia ada akan diteruskan. Program Kursus Kepengetuaan yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bertujuan memenuhi keperluan jangka panjang bagi menyediakan bakal-bakal pemimpin yang terlatih, mempunyai kelayakan akademik dan berketrampilan dalam bidang kepengetuaan. Matlamat kursus NPQH adalah untuk menyediakan barisan pentadbir sekolah yang mempunyai kelayakan akademik dan berketrampilan dalam bidang kepengetuaan. Mereka seharusnya mempunyai kualiti peribadi yang tinggi dan dapat menyumbang kepada pengurusan sekolah dari aspek pentadbiran, pengurusan kurikulum dan kokurikulum, pengajaran dan pembelajaran, serta dapat menjalin perhubungan yang balk dengan masyarakat. %A Abdul Muthalib Nur Anuar %A Abu Hassan Faridah %A Zulkifli Rohana %A Kosnan Md. Monoto %A El-Emin Muhardi Nur Fakhriyyah %D 2006 %I Institut Aminuddin Baki %K Graduan NPQH, pemimpin