relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1632/ title: Pendigitalan pendidikan creator: Aminamul Saidah, Mad Nordin creator: Bity Salwana Alias, Alias creator: Zamri, Mahamod subject: L Education (General) subject: LB1501 Primary Education description: Pada masa ini, pendigitalan pendidikan bukanlah sesuatu yang baru. Idea pendigitalan pendidikan diterima pada hampir semua peringkat pembelajaran, dari tadika hingga ke institusi pengajian tinggi. Idea ini adalah transformasi sistem pendidikan di Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan barisan pendidik serta murid yang kreatif, inovatif, cekap dan bersemangat sejajar dengan keperluan zaman dan seiring juga dengan kehendak Revolusi Industri 4.0. Pendigitalan pendidikan ini sangat penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pendidik serta masyarakat agar seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Namun, beberapa jurang bagi pendigitalan pendidikan telah dikenal pasti, iaitu yang berkait dengan factor pengetahuan, fizikal, ekonomi dan sosial. Justeru, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLICs) telah bekerjasama bagi merapatkan jurang melalui beberapa inisiatif yang melibatkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), CERDIK, pembiayaan Skim BSN MyRinggit-I COMSIS dan PerantiSiswa. Dapat disimpulkan bahawa walaupun masih terdapat isu dalam pelaksanaannya, pedagogi pendidikan telah menjadi lebih baik dengan pendigitalan pendidikan. Guru dan murid yang fasih digital serta mamp publisher: JPPTM type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1632/1/7.pdf identifier: Aminamul Saidah, Mad Nordin and Bity Salwana Alias, Alias and Zamri, Mahamod Pendigitalan pendidikan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia, 1 (1). pp. 1-8. ISSN 2976-2634