TY - JOUR UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1637/ TI - Persepsi Guru Terhadap Penggunaan AYU Apps dalam Pengajaran dan Pembelajaran ID - iab_repo1637 EP - 10 N2 - Arus globalisasi membentuk hala tuju baharu dunia pendidikan. Penerapan teknologi dan aplikasi kini sudah terbuka luas bagi semua peringkat pendidikan. Kini, kehidupan endemik ini seolah-olah mendesak masyarakat dunia termasuklah Malaysia ke aras penggunaan teknologi dan pendigitalan bahan secara menyeluruh. Tidak hairanlah kini para akademik sedang bergasak minda dan jiwa bagi meningkatkan kemahiran tekmnologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pendigitalan bahan. Generasi kini merupakan pelajar yang mudah menerima perubahan dan lebih terbuka. Oleh kerana bahan bercetak kurang diminati dan tiada sambutan maka, konsep pendigitalan ini sesuai disediakan kepada pelajar generasi sekarang. Penyelidikan ini bertujuan mengkaji persepsi guru terhadap aplikasi Akademi Youtuber (aplikasi AYU) membantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjadi rujukan kepada warga pendidik dan juga ibu bapa. Kaedah tinjauan menggunakan sampel seramai 212 orang guru dari Malaysia untuk menilai kebolehgunaan aplikasi Akademi Youtuber yang dibangunkan. Hasil dapatan kajian berdasarkan peratusan min persepsi guru (98.7 peratus), bahawa aplikasi AYU adalah sesuai untuk pembangunan kebolehan pembelajaran kendiri dan boleh diakses dengan mudah oleh pelajar, ibu bapa dan pengajar. Kemudahan capaian di hujung jari lebih menarik minat merteka untuk mengekplorasi dengan lebih mudah dan cepat. AV - public IS - 30 KW - Aplikasi AYU KW - teknologi KW - kemahiran pembelajaran kendiri KW - mudah diakses Y1 - 2023/// JF - Jurnal IPDA, A1 - Mat, Hamidah A1 - Abu Kassim, Azleen Fazlia A1 - Khirluddin, Farrah Wahilda A1 - Zailan, Kamariah A1 - Yusof, Muhammad Suffi A1 - Ahmad Puad, Nur Shafiqah Nadhira A1 - Saiman, Savina A. A1 - Ahmad, Yang Rizal SP - 1 ER -