eprintid: 1649 rev_number: 25 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/16/49 datestamp: 2025-08-21 07:55:56 lastmod: 2025-08-22 03:14:30 status_changed: 2025-08-22 03:14:30 type: article metadata_visibility: show creators_name: Zakaria, Suzana creators_name: Musa, Khalip title: Hubungan kepimpinan spiritual pengetua terhadap kepuasan kerja guru dan komitmen organisasi ispublished: pub subjects: L1 subjects: LB1501 full_text_status: public keywords: Kepimpinan Spiritual, kepuasan kerja, komitmen organisasi abstract: Gelombang transformasi dalam Pelan Pendidikan Malaysia memberi tumpuan peningkatan kualiti guru dan kepimpinan sekolah. Amalan kepimpinan pengetua secara tidak langsung dapat mempengaruhi kepuasan kerja guru dan memberi kesan terhadap komitmen dalam organisasi sekolah. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat hubungan kepimpinan spiritual pengetua terhadap kepuasan kerja guru. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan tiga instrumen iaitu Spiritual Leadership Theory Questionnaire (SLTQ) yang dibangunkan oleh Fry (2005) bagi mengukur kepimpinan spiritual, Job Satisfaction Survey (JSS) yang dibina oleh Spector (1994) untuk mengukur kepuasan kerja guru dan Three-Component Model Employee Commitment Survey (TCM-ECS) revised version oleh Meyer dan Allen (2004) untuk mengukur komitmen organisasi di sekolah. .Kajian ini melihat hubungan antara kepimpinn spiritual sebagai pemboleh ubah bebas terhadap kepuasan kerja guru dan komitmen sebagai pemboleh ubah bersandar. Seramai 377 responden dari kalangan guru yang dipilih secara rawak berstrata yang melibatkan 234 buah SMK di negeri Johor.Dapatan kajian ini mendapati tahap kepimpinan spiritual dan kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi. Manakala analisis korelasi menunjukkan kepimpinan spiritual mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap kepuasan kerja guru.Kajian merumuskan bahawa amalan kepimpinan spiritual dengan dapat mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kepuasan kerja guru dan komitmen organisasi. date_type: published publication: Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan pagerange: 1-10 refereed: TRUE citation: Zakaria, Suzana and Musa, Khalip Hubungan kepimpinan spiritual pengetua terhadap kepuasan kerja guru dan komitmen organisasi. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. pp. 1-10. document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/1649/1/2.Artikel%20SUZANA%20ZAKARIA%20%28Jurnal%20Kepimpinan%20IAB%29%20%281%29.pdf