TY - BOOK ID - iab_repo1657 IS - 2 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1657/ CY - Institut Aminuddin Baki EP - 141 N2 - Kajian ini meneliti keperluan pembangunan model kepimpinan inovatif dalam kalangan pemimpin sekolah di Malaysia, sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Matlamat Pembangunan Lestari 4 (SDG 4), yang menekankan pendidikan berkualiti sebagai asas pembangunan negara. Kajian ini menggunakan metodologi Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR), dengan fokus utama pada fasa analisis keperluan melalui analisis dokumen dan temubual separa berstruktur. Tiga informan dipilih secara bertujuan, dan data dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti untuk mengenal pasti tema penting berkaitan kepimpinan inovatif. Sebanyak tujuh elemen utama dikenal pasti dalam kepimpinan inovatif termasuk visi yang jelas, pengupayaan guru, kebolehsuaian dan fleksibiliti, penambahbaikan dan pembelajaran berterusan, jalinan dan kerjasama, pembentukan budaya dan iklim inovasi dalam sekolah, serta komunikasi yang efektif. Pemimpin yang inovatif mampu menyesuaikan diri dengan perubahan pantas, menggalakkan kreativiti, serta memperkukuh kolaborasi antara warga sekolah. Namun, cabaran seperti kekurangan pelaburan dalam modal insan dan pengurusan bakat boleh menghalang inovasi dalam organisasi. Teori kepimpinan transformasi dan teori penyebaran inovasi dilihat sebagai pendekatan yang penting dalam memacu kreativiti di kalangan pemimpin sekolah. Penemuan ini membentuk asas bagi pembangunan model kepimpinan inovatif yang dicadangkan untuk meningkatkan keberkesanan pemimpin sekolah dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini. SN - ISSN 3083-9440 Y1 - 2024/12// A1 - Syariff M.Fuad, Dayang Rafidah A1 - Musa, Khalip A1 - Abdullah, Amrina Rosyada A1 - Yusof, Mat Rahimi TI - Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Bil. 2 AV - public PB - Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi KW - Kepimpinan Inovatif KW - Kepimpinan Perubahan KW - Analisis Keperluan KW - Pembangunan Model KW - Design and Development Research. ER -