@article{iab_repo1666, year = {2025}, volume = {9}, number = {1}, title = {Budaya Inovasi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah TS25}, journal = {ATTARBAWIY: Malaysia Online Journal of Education}, month = {June}, pages = {80--91}, author = {Siti Hazlini Haris and Norhisham Muhamad}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1666/}, keywords = {Aql Tamyiz, Aql Tajribi, Aql Nazari, Al-Taqat Al-Quswa, inovasi}, abstract = {Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap budaya inovasi dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah, berdasarkan empat perspektif utama, iaitu Aql Tamyiz(budaya analisis), Aql Tajribi(budaya penciptaan), Aql Nazari(budaya pengaplikasian), dan Al-Taqat Al-Quswa(budaya penilaian), dalam konteks Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan keratan rentas. Sebanyak 397 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah yang terlibat dalam TS25 telah dipilih sebagai responden melalui gabungan teknik persampelan rawak berstrata dan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, min, dan sisihan piawai dengan bantuan perisian SPSS versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap budaya inovasi pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah TS25 adalah pada tahap tinggi, dengan nilai min (M=4.03, SP=0.52). Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah TS25 mempunyai pemahaman yang jelas dan bersedia untuk mengamalkan budaya inovasi dalam pengajaran mereka sebagai pendekatan moden dalam pendidikan. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan bahawa pelaksanaan budaya inovasi yang sesuai di sekolah dapat mempertingkatkan rantaian nilai inovasi dalam pendidikan.} }