relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/167/ title: KAJIAN PENGETUA KANAN : SATU PENILAIAN creator: Norlia , Goolamally creator: Jamil , Ahmad subject: LB Theory and practice of education description: Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pengurusan dan kepimpinan Pengetua Kanan serta mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Kajian memfokuskan kepada komponen utama iaitu kualiti peribadi Pengetua Kanan, proses pengurusan dan pentadbiran Pengetua Kanan dan penghasilan sekolah cemerlang. Kajian ini dijalankan secara tinjauan menggunakan soal selidik. Kerangka konsep kajian dibentuk menggunakan model CIPP dengan memberikan fokus kepada aspek input, proses dan produk. Responden kajian terdiri daripada 44 orang Pengetua Kanan yang bertugas di sekolah menengah di seluruh Malaysia dan 1211 orang guru yang mengajar di sekolah-sekolah menengah berkenaan. Penganalisisan data dilakukan menggunakan program SPSS. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif yang meliputi kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai, dan statistik inferensi iaitu regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya Pengetua Kanan mempunyai kualiti peribadi pada tahap yang sangat tinggi atau cemerlang bagi tujuh aspek kualiti peribadi iaitu aspek kreatif, inovatif dan komited; positif, proaktif dan agen perubahan; menepati masa; kemahiran berkomunikasi; berani mengambil risiko; menghargai sumbangan dan memberi pengiktirafan dan aspek berpengetahuan dan berketerampilan sebagai pemimpin. Walau bagaimanapun Pengetua kanan hanya mempunyai kualiti peribadi pada tahap tinggi atau baik sahaja bagi aspek fleksibiliti melaksanakan tugas; kestabilan jasmani, emosi dan rohani; dan aspek empati dan simpati. Bagi aspek pengurusan dan pentadbiran, Pengetua Kanan dapat melaksanakan tugas pada tahap yang sangat baik atau cemerlang bagi aspek pengurusan pejabat dan sekolah; kepimpinan kurikulum, dan proses penyelesai masalah. Namun demikian amalan pengurusan staf, perhubungan awam dan pengurusan hal ehwal murid adalah pada tahap baik sahaja. publisher: Institut Aminuddin Baki date: 2006-12-04 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/167/1/PROSIDING_SN_13.pdf._6pdf.pdf identifier: Norlia , Goolamally and Jamil , Ahmad (2006) KAJIAN PENGETUA KANAN : SATU PENILAIAN. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13 2006. pp. 55-68. ISSN 983-9479-17-2