TY - JOUR A1 - Mohamed Yusof, RushihaIrina A1 - Othman, Mohd Syaubari PB - Universiti Pendidikan Sultan Idris UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1673/ IS - 1 ID - iab_repo1673 SP - 28 KW - PembelajaranAbad ke-21 KW - kemahiran KW - sikap KW - motivasi KW - pengetahuan AV - public TI - Kesediaan Guru Pendidikan Islam Daerah Petaling Perdana Melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) N2 - Kajian ini dijalankan bagi menilai kesediaan Guru Pendidikan Islam di daerah Petaling Perdana dalam melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) berdasarkan empat aspek utama, iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap, dan motivasi. Kajian ini juga mengkaji hubungan di antara pengetahuan dan kemahiran serta hubungan di antara sikap dan motivasi dalam kalangan guru-guru tersebut. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini melalui kaedah tinjauan melibatkan 294 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah yang dipilih secara rawak berstrata. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik berasaskan skala Likert 5. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru dalam elemen pengetahuan, kemahiran, sikap dan motivasi adalah tinggi, dan min terendah bagi kesemua aspek ini adalah tahap kemahiran guru dengan nilai min 4.05. Hasil kajian menunjukkan kemahiran guru adalah pada tahap sederhana terutamanya melibatkan kemahiran menggunakan alat bantu digital, penggunaan komputer dalam penyediaan bahan bantu mengajar, dan pengelolaan aktiviti berasaskan PAK21. Aspek hubungan di antara pengetahuan dan kemahiran, sikap dan motivasi adalah signifikan dan kuat. Kajian ini mencadangkan agar program latihan dan pembangunan profesionalisme guru ditingkatkan untuk memperkukuh penguasaan PAK21 secara holistik, untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam proses pembelajarandan pemudahcaraan. EP - 42 VL - 9 SN - 2600-7622 Y1 - 2025/// JF - ATTARBAWIY : Malaysian Online Journal of Education ER -