eprintid: 1673 rev_number: 7 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/16/73 datestamp: 2026-06-25 02:50:55 lastmod: 2026-06-25 02:50:55 status_changed: 2026-06-25 02:50:55 type: article metadata_visibility: show creators_name: Mohamed Yusof, RushihaIrina creators_name: Othman, Mohd Syaubari title: Kesediaan Guru Pendidikan Islam Daerah Petaling Perdana Melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) ispublished: pub subjects: L1 divisions: JPS full_text_status: public keywords: PembelajaranAbad ke-21,kemahiran, sikap, motivasi,pengetahuan abstract: Kajian ini dijalankan bagi menilai kesediaan Guru Pendidikan Islam di daerah Petaling Perdana dalam melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) berdasarkan empat aspek utama, iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap, dan motivasi. Kajian ini juga mengkaji hubungan di antara pengetahuan dan kemahiran serta hubungan di antara sikap dan motivasi dalam kalangan guru-guru tersebut. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini melalui kaedah tinjauan melibatkan 294 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah yang dipilih secara rawak berstrata. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik berasaskan skala Likert 5. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru dalam elemen pengetahuan, kemahiran, sikap dan motivasi adalah tinggi, dan min terendah bagi kesemua aspek ini adalah tahap kemahiran guru dengan nilai min 4.05. Hasil kajian menunjukkan kemahiran guru adalah pada tahap sederhana terutamanya melibatkan kemahiran menggunakan alat bantu digital, penggunaan komputer dalam penyediaan bahan bantu mengajar, dan pengelolaan aktiviti berasaskan PAK21. Aspek hubungan di antara pengetahuan dan kemahiran, sikap dan motivasi adalah signifikan dan kuat. Kajian ini mencadangkan agar program latihan dan pembangunan profesionalisme guru ditingkatkan untuk memperkukuh penguasaan PAK21 secara holistik, untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam proses pembelajarandan pemudahcaraan. date: 2025 date_type: published publication: ATTARBAWIY : Malaysian Online Journal of Education volume: 9 number: 1 publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris pagerange: 28-42 refereed: TRUE issn: 2600-7622 citation: Mohamed Yusof, RushihaIrina and Othman, Mohd Syaubari (2025) Kesediaan Guru Pendidikan Islam Daerah Petaling Perdana Melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). ATTARBAWIY : Malaysian Online Journal of Education, 9 (1). pp. 28-42. ISSN 2600-7622 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/1673/1/28-42_292.pdf