TY - JOUR TI - Kesediaan guru dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk pembelajaran terbeza pendidikan islam di sekolah rendah AV - public N2 - Kajian ini dijalankan untuk meneliti tahap kesediaan guru Pendidikan Islam sekolah rendah dalam mengaplikasikan kecerdasan buatan (AI) sebagai sokongan kepada pelaksanaan pembelajaran terbeza yang melibatkan empat komponen utama iaitu kandungan, proses, persekitaran dan produk pembelajaran. AI menawarkan keupayaan untuk menyokong strategi ini melalui analitik data, penyampaian kandungan adaptif dan penilaian berterusan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 97 orang guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru adalah pada tahap sederhana tinggi. Faktor yang mempengaruhi kesediaan juga berada pada tahap tinggi, manakala cabaran pula dikenal pasti pada tahap sederhana. Antara isu utama termasuk kekurangan latihan profesional, infrastruktur teknologi yang terhad, serta keperluan untuk menyelaraskan penggunaan AI dengan nilai dan prinsip Islam. Kajian ini memberi sumbangan kepada institusi pendidikan, khususnya dalam memperkukuh dasar pendidikan Islam digital yang menitikberatkan aspek nilai, sahsiah dan spiritual melalui sokongan teknologi canggih berasaskan AI. SP - 55 KW - kesediaan guru KW - kecerdasan buatan KW - AI KW - Pendidikan Islam KW - pembelajaran terbeza SN - 26007622 Y1 - 2025/12/30/ JF - ATTARBAWIY : Malaysian Online Journal of Education EP - 66 VL - 9 PB - Universiti Kebangsaan Malaysia A1 - Hamzah, Noraini A1 - Zulkifli, Hafizhah UR - https://attarbawiy.uis.edu.my/index.php/jurnal/article/view/301/225 ID - iab_repo1680 IS - 2 ER -