relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/169/ title: PERGERAKAN GURU KELUAR SEKOLAH SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SATU ANALISIS DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR creator: Md Hasidin , Mohamad Zaini subject: LB1603 Secondary Education. High schools description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kadar kekerapan guru tiada di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mengikut jenis aktiviti dan cuti, impaknya terhadap keberkesanan operasi P&P dan kecenderungan untuk murid ponteng. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti pertindihan aktiviti yang dijalankan pada peringkat daerah dan negeri. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan antara penilaian yang dibuat oleh murid dengan guru terhadap impak pergerakan guru keluar sekolah semasa P&P. Kajian juga melihat hubungan antara tahap keberkesanan operasi P&P semasa guru keluar sekolah dengan tahap kecenderungan untuk murid ponteng. Data bagi kajian ini diperoleh melalui tiga sumber iaitu: (a) data sekolah tentang ketidakhadiran guru mengikut jenis aktiviti atau cuti yang diperoleh daripada Pengetua dan Guru Besar dari sekolah yang terlibat, (b) instrumen soal selidik menggunakan 5 skala Likert melibatkan 470 orang guru sekolah menengah dan rendah serta 763 orang murid sekolah menengah dan (c) instrumen soal selidik menggunakan kaedah soalan terbuka yang diisi oleh Pengetua dan Guru Besar yang sama. 131 buah sekolah rendah dan menengah dari semua daerah di negeri Johor telah terlibat. Data kuantitatif yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 10.01 sementara data kualitatif dianalisis secara manual dengan mengelompok dan mengekodkannya sebelum dianalisis menggunakan kekerapan dan peratus. Skor min digunakan bagi menentukan tahap keberkesanan operasi P&P dan tahap kecenderungan untuk murid ponteng. Bagi menguji hipotesis kajian, statistik berkuasa tinggi melibatkan ujian-t digunakan untuk menguji perbezaan antara dua pemboleh ubah iaitu penilaian murid dan penilaian guru. Sementara itu, Korelasi Pearson (r) digunakan untuk menentukan tahap hubungan antara keberkesanan operasi P&P semasa guru tiada di sekolah dengan kecenderungan untuk murid ponteng. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dua faktor utama ketidakhadiran guru di sekolah adalah kerana mereka terlibat dengan aktiviti kurikulum atau mengambil cuti. Tahap keberkesanan operasi P&P semasa guru tiada di sekolah adalah pada aras sederhana tinggi sernentara kecenderungan untuk murid ponteng adalah pada tahap yang rendah. Ujian-t yang dijalankan membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan antara penilaian murid dengan guru berhubung impak guru keluar sekolah semasa P&P. Sementara Korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat perhubungan sederhana berbentuk negatif antara keberkesanan operasi P&P semasa guru tiada di sekolah dengan kecenderungan untuk murid ponteng pada eras kesignifikanan 0.01. publisher: Institut Aminuddin Baki date: 2006-12-04 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/169/1/PROSIDING_SN_13.pdf._8pdf.pdf identifier: Md Hasidin , Mohamad Zaini (2006) PERGERAKAN GURU KELUAR SEKOLAH SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SATU ANALISIS DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13 2006. pp. 81-90. ISSN 983-9479-17-2