@article{iab_repo170, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, journal = {Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13 2006}, month = {December}, pages = {91--101}, author = {Yusoff Sazali }, title = {KECERDASAN EMOSI GURU BESAR }, year = {2006}, abstract = {Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau profil kecerdasan emosi guru besar. Di samping itu, kajian juga ingin menguji sama ada terdapat perbezaan atau tidak antara faktor-faktor demografi jantina, umur, bangsa, kelayakan akademik, dan tempoh sebagai guru besar dengan kecerdasan emosi guru besar. Unit analisis bagi kajian ini ialah guru besar. Sampel seramai 158 orang guru besar dari seluruh negeri Kedah yang dipilih secara rawak terpilih dalam kajian ini. Instrumen Inventori Kompentensi Emosi {--} Versi 2 (ECI-V2) (Boyatzis, Goleman, \& Haygroup, 1999) yang mempunyai empat kelompok iaitu kesedaran kendiri (KSK), pengurusan kendiri (PK), kesedaran sosial, (KSS), dan kemahiran sosial (KMS) digunakan bagi mengukur kecerdasan emosi guru besar. Statistik peratus, min, sisihan piawai, ujian-t, dan ANOVA sehala digunakan untuk memperihal dan menguji persoalan kajian. Anggaran kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi setiap kelompok ECI didapati memuaskan iaitu KSK = 0.740, PK = 0.745, KSS = 0.733, dan KMS = 0.817. Min dan sisihan piawai bagi KSK ialah 3.82 dan 0.32, PK ialah 3.73 dan 0.27, KSS ialah 3.90 dan 0.30, dan KMS ialah 3.86 dan 0.32 masing-masing. Kajian mendapati 32.3 \% guru besar mempunyai kesedaran kendiri (KSK) yang tinggi, 17.1 \% mempunyai pengurusan kendiri (PK) yang tinggi, 45.6 \% mempunyai kesedaran sosial (KSS) yang tinggi, den 30.4 \% mempunyai kemahiran sosial (KMS) yang tinggi. Kajian juga mendapati tidak ada perbezaan antara faktor-faktor demografi jantina, umur, bangsa, kelayakan akademik, dan pengalaman sebagai guru besar dengan keempat-empat kelompok kecerdasan emosi. Dapatan menunjukkan 5 \% guru besar mempunyai kompetensi emosi menangani konflik yang baik dan 7 \% guru besar mernpunyai kompetensi emosi inisiatif yang baik. Sungguhpun begitu didapati lebih 50 \% guru besar mempunyai kompetensi emosi yang baik bagi kompetensi-kompetensi emosi penilaian kendiri, keyakinan diri, kebolehpercayaan, orientasi kejayaan, orientasi perkhidmatan, empati, membangun orang lain (developing others), kepimpinan inspiresi, dan kerja berpasukan. }, keywords = {kecerdasan emosi, emosi guru besar, kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial, kemahiran sosial}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/170/} }