relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1724/ title: Cabaran stereotaip gender dalam kepimpinan wanita: Analisis dalam bidang TVET creator: Zafari, Nurul Izzah creator: Ab Halim, Fazlinda subject: L Education (General) description: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis cabaran stereotaip gender yang dihadapi oleh pemimpin wanita dalam institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia. Kepimpinan wanita dalam sektor TVET semakin mendapat perhatian, memandangkan peranan penting mereka dalam membentuk hala tuju strategik, memperkukuh keberkesanan organisasi, serta menyediakan tenaga kerja mahir yang relevan dengan kehendak semasa dan masa depan industri. Melalui satu tinjauan literatur sistematik ke atas 20 artikel ilmiah terpilih yang diterbitkan antara tahun 2020 hingga 2025, kajian ini mengenal pasti pelbagai cabaran sosial, budaya, dan institusi yang menjejaskan kemajuan kepimpinan wanita dalam konteks TVET. Dapatan kajian mencadangkan pembangunan model kepimpinan yang holistik dan kontekstual, mengambil kira dinamika gender serta keperluan dan cabaran Revolusi Industri 4.0. Model ini dapat memperkasakan wanita sebagai pemimpin TVET untuk memainkan peranan utama dalam melaksanakan agenda pembangunan modal insan dan memacu kecemerlangan pendidikan teknikal di Malaysia. publisher: UTHM date: 2026-06-30 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1724/1/Cabaran%20Stereotaip%20Gender.pdf identifier: Zafari, Nurul Izzah and Ab Halim, Fazlinda (2026) Cabaran stereotaip gender dalam kepimpinan wanita: Analisis dalam bidang TVET. JOURNAL OF TVET AND TECHNOLOGY REVIEW, 4 (1). pp. 65-73. ISSN e-ISSN: 3036-0269 relation: DOI: https://doi.org/10.30880/jttr.2026.04.01.007