TY - JOUR JF - Malaysian Journal of Islamic Development VL - 1 UR - https://e-journal.uum.edu.my/index.php/myjid/article/view/30804 ID - iab_repo1737 TI - Model kompetensi kualiti keperibadian pensyarah cemerlang pendidikan islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia Y1 - 2026/07/31/ AV - public N2 - Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan model pengamalan kompetensi kualiti keperibadian pensyarah cemerlang Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian pelbagai kes yang melibatkan lapan orang pensyarah cemerlang Pendidikan Islam daripada lapan kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia. Data dikumpulkan melalui temu bual mendalam, pemerhatian, dan analisis dokumen, serta dianalisis menggunakan perisian NVivo bagi mengenal pasti tema-tema utama yang membentuk kompetensi keperibadian pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi kualiti keperibadian pensyarah cemerlang Pendidikan Islam dibentuk melalui dua dimensi utama, iaitu sahsiah dan komunikasi. Dimensi sahsiah merangkumi hubungan pensyarah dengan Allah SWT, diri sendiri, pelajar dan rakan sejawat, manakala dimensi komunikasi melibatkan amalan komunikasi lisan dan bukan lisan dalam pelaksanaan tugas profesional. Kajian ini mencadangkan Model Pengamalan Kompetensi Kualiti Keperibadian Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam yang boleh dijadikan rujukan dalam pembangunan profesionalisme pensyarah dan latihan pendidikan guru di Malaysia. Kajian ini juga menyumbang kepada pembangunan model kompetensi keperibadian berasaskan bukti empirikal sebagai rujukan bagi pembangunan profesionalisme pensyarah dan pendidikan guru khususnya dalam bidang pendidikan Islam. Kajian ini turut menyumbang kepada pengembangan literatur berkaitan kompetensi pendidik Islam dengan menonjolkan kepentingan integrasi antara sahsiah dan komunikasi dalam membentuk kecemerlangan profesion keguruan. EP - 106 A1 - Abdullah, Mohd Nasri A1 - Ab. Hamid, Kamal A1 - Bahari, Asnani SP - 93 PB - UUM Press ER -