%0 Journal Article %@ 983-9479-17-2 %A Yap , Kain Ching, Mary %A Institut Aminuddin Baki, %D 2006 %F iab_repo:174 %I Institut Aminuddin Baki %J Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13 2006 %K pengurusan dan pendtabiran sekolah, kecemerlangan sekolah %P 110-120 %T KE ARAH MEMPERKASAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SEKOLAH %U http://eprints.iab.edu.my/v2/174/ %X Kertas Kerja ini adalah satu refleksi (imbasan kembali) pengalaman tentang satu proses perubahan yang berlaku di Sekolah Menengah Vokasional/Teknik Tawau di mana warga sekolah telah berjaya keluar dari budaya lama ("the old culture), kepada budaya kecemerlangan ("the culture of excellence”). Sebelum 1996, Sekolah Menengah Vokasional Tawau merupakan sebuah 'struggling school' dengan merekodkan hanya 28.28% kelulusan dalam SPMV pada tahun 1994. Keputusan akademik yang seumpama itu telah menimbulkan satu implikasi yang jelas bahawa pengurusan serta pentadbiran sekolah memerlukan proses ‘reengineering' (Hammer and Chompy, 1993) untuk menuju ke arah kecemerlangan. Oleh demikian, aspek-aspek yang menjadi fokus peningkatan adalah pengurusan organisasi, pejabat, kurikulum, kewangan, hal ehwal murid, sumber manusia, infrastruktur dan fizikal, kokurikulum serta hubungan komuniti. Usaha gigih dan komitmen serta perancangan strategik dengan refleksi yang berterusan dari warga sekolah telah memberi kesan perubahan yang cemerlang yang akhirnya, sekolah ini telah dinobatkan sebagai Sekolah Menengah Pertama disenaraikan dalam Program Sekolah Bestari dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9) yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 15 April 2006.