@article{iab_repo1749, pages = {1--9}, author = {Mohd Syahid Zulkefli}, title = {Analisis ketidakadilan prosedur disiplin dan pelanggaran protokol integriti dalam pengurusan institusi pendidikan Malaysia: kajian kes pemintasan siasatan awam}, journal = {Jurnal Pengurusan Pendidikan \& Integriti Pentadbiran}, abstract = {Kajian ini menganalisis secara kritikal amalan pengurusan disiplin dalam pentadbiran sekolah di Malaysia dengan meneliti implikasi ketidakaturan prosedur (procedural impropriety) dan pelanggaran protokol garis panduan rasmi Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (UIKPM). Isu utama yang dikaji merangkumi tindakan pemintasan (bypass) oleh pihak pentadbiran sekolah khususnya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) terhadap Langkah 2 (Penjelasan Awal) dan Langkah 3 (Menimbang Kemunasabahan) dalam infografik tatatertib UIKPM. Kajian kes ini meneliti bagaimana aduan prematur yang dipanjangkan terus kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa asas bukti prima facie serta kebergantungan terhadap kenyataan saksi sivil yang penuh keraguan (reasonable doubt) menafikan hak Natural Justice pegawai perkhidmatan awam. Metodologi kajian berasaskan analisis kualitatif berdokumen, kronologi fakta kes, perbandingan struktur akta perkhidmatan awam, serta kerangka keadilan organisasi (organizational justice theory). Hasil kajian menunjukkan bahawa kegagalan mematuhi proses awal tatatertib bukan sahaja membelakangkan kuasa Pemangku Ketua Jabatan (PK 1), malah mewujudkan penganiayaan pentadbiran, pencerobohan hak asasi pegawai dan pencemaran reputasi profesionalisme perkhidmatan perguruan. Kajian ini mengesyorkan penegasan semula penguatkuasaan protokol UIKPM, keutamaan peranan kesatuan (NUTP), serta reformasi prosedur kawalan integriti kendiri di peringkat pentadbiran sekolah.}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1749/}, keywords = {Ketidakadilan Prosedur, Unit Integriti KPM, Natural Justice, Pengurusan Disiplin Sekolah, Tatatertib Perkhidmatan Awam, Kebajikan Guru} }