TY - JOUR AV - public TI - INTEGRASI PENDEKATAN 'BALANCED SCORECARD' DALAM MODEL PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN. JF - Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13 2006 SP - 127 KW - Balanced Scorecard KW - BS KW - model perancangan strategik KW - program memperkasakan sekolah kebangsaan A1 - Muhamad Bustaman , Abdul Manaf Y1 - 2006/12/04/ N2 - Kerajaan Malaysia telah menyarankan semua agensinya melaksanakan pengukuran prestasi strategi-strateginya sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun (Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2. 2005). Pelaksanaan pengukuran prestasi adalah merupakan salah satu dari usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Semua sekolah yang terpilih dalam Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan telah diberi latihan bagaimana untuk merancang secara strategik pembangunan sekolah mereka. Sistem pengukuran dan penilaian prestasi strategi atau Key Performance Indicators (KPI) telah diberi penekanan dalam formulasi dan implementasi pelan strategik sekolah. Sebagai satu usaha perkembangan ilmu dan penambahbaikan kepada pendekatan asas yang telah diberikan, kertas kerja ini mencadangkan pendekatan terkini serta paling popular digunakan oleh organisasi berasaskan keuntungan atau pemiagaan bagi mengawal dan menyelia prestasi pelaksanaan strategi secara berkesan iaitu Balanced Scorecard (BS) dan melihat bagaimana ia boleh diintegrasikan dalam Model Perancangan Strategik memperkasakan sekolah kebangsaan. Pendekatan pengukuran prestasi strategi BS untuk organisasi awam yang diperkenalkan oleh Balanced Scorecard Collaborative Pty Limited yang di asaskan Kaplan dan Norton digunakan sebagai kerangka utama kertas kerja ini. Oleh kerana fokus utama kertas ini sebagai pengenalan kepada BS, maka perbincangan lebih berfokus kepada 4 Perspektif BS, faedah pelaksanaan, langkah-langkah untuk implementasi AS di organisasi pendidikan khususnya sekolah dan cabaran untuk implementasi AS secara berkesan di organisasi pendidikan awam. PB - Institut Aminuddin Baki ID - iab_repo176 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/176/ SN - 983-9479-17-2 EP - 137 ER -