eprintid: 181 rev_number: 13 eprint_status: archive userid: 3 dir: disk0/00/00/01/81 datestamp: 2013-06-20 07:03:13 lastmod: 2013-09-18 07:40:05 status_changed: 2013-09-18 07:40:05 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Shahril @ Charil , Marzuki corp_creators: Institut Aminuddin Baki title: PENGETUA CEMERLANG MELAHIRKAN SEKOLAH CEMERLANG: SATU RETORIK ATAU REALITI ispublished: pub subjects: LB1603 full_text_status: public keywords: pengetua cemerlang, sekolah cemerlang, jenis sekolah, kepemimpinan pengetua, guru besar abstract: Apabila keputusan peperiksaan awam diumumkan terutama UPSR atau PMR, maka kebanyakkan ibu bapa ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah asrama penuh seperti sekolah menengah sains asrama penuh, sekolah menengah agama persekutuan atau negeri, ke maktab rendah sains MARA, atau jika tidak dapat ke sekolah asrama ini, ibu bapa akan cuba memasukkan anaknya ke sekolah primier atau sekolah kawalan, malah ada ibu bapa yang sanggup menghantar anak-anaknya ke sekolah-sekolah cemerlang yang jauh daripada rumahnya dengan harapan anaknya akan menjadi pandai atau cemerlang dari segi akademik. Mengapa ini berlaku? lni di sebabkan ibu bapa beranggapan bahawa sekolah cemerlang akan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi ko-kurikulum, kurikulum, akhlak dan rohani mereka. Kecemerlangan sekolah boleh diukur berasaskan output atau hasil persekolahan itu, hasil ini diukur berbentuk pencapaian dalam bidang akademik dan bukan akademik seperti kelakuan dan disiplin pelajar yang baik, kendiri dan sikap pelajar-pelajar yang baik, kepuasan kerja guru, keadaan sekolah yang bersih, ceria. Kecemerlangan sekolah boleh diukur melalui proses iaitu proses pengurusan dan pentadbiran sekolah efektif, perwujudan iklim, budaya sekolah yang positif untuk pengajaran pembelajaran hubungan yang mesra antara pihak pengurusan sekolah dengan guru, guru dengan guru dan guru dengan pelajar, dan guru dengan ibu bapa. Kecemerlangan sekolah juga boleh diukur bukan sahaja melalui kecemerlangan dalam pendidikan, tetapi dari aspek ekuiti (kesaksamaan) untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira kebolehan dari segi kognitif , fizikal pelajar, latar belakang sosial ekonomi status (SES) ibu bapa pelajar, latar belakang agama, bangsa dan keturunan dan fahaman pelajar, begitu juga kecemerlangan sekolah boleh diukur dari segi kemajuan atau peningkatan dari segi kadar pencapaian akademik pelajar dari tahun ke tahun yang ditunjukkan melalui adanya nilai tambah (value added) kepada kebolehan pelajar ( Barbara MacGilchrist et al. 2004). date: 2006-12-04 date_type: published publication: Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13 2006 publisher: Institut Aminuddin Baki refereed: TRUE issn: 983-9479-17-2 citation: Shahril @ Charil , Marzuki (2006) PENGETUA CEMERLANG MELAHIRKAN SEKOLAH CEMERLANG: SATU RETORIK ATAU REALITI. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13 2006. ISSN 983-9479-17-2 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/181/1/PROSIDING_SN_13.pdf._19pdf.pdf