relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/19/ title: KESEDARAN DAN PERANAN PENGETUA MEMBANGUNKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (TUMPUAN KEPADA SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI NEGERI SELANGOR) creator: Siti Hadijah, Alwi subject: LB Theory and practice of education description: Kajian ini lebih menitikberatkan dan mengenal pasti kesedaran dan peranan seseorang pengetuan membangunkan Pusat Sumber Sekolah (PSS) khususnya di sekolah-sekolah menengah harian di Negeri Selangor. Secara keseluruhan, hasil kajian ini dapat mengenal pasti kesedaran dan peranan atau fungsi seseorang pengetua membangunkan PSS mengikut perubahan semasa. Di samping itu, kajian ini dapat menggambarkan setakat mana seseorang pengetua itu sedar akan pengetahuan, kebolehan dan kemampuan untuk bertanggungjawab dalam membangunkan PSS. Kajian ini telah dijalankan ke atas 15 buah sekolah yang melibatkan seramai 15 orang pengetua sebagai responden dan 15 buah PSS di sekolah tersebut. Kaedah senarai semak digunakan bagi menyokong apa yang telah diperolehi berdasarkan temuramah dan soal selidik. Lima belas buah sekolah menengah tersebut telah dipersetujui bersama oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor dari daerah-daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Klang, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Gombak. Perkara-perkara yang mempengaruhi keupayaan pengetua adalah berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman termasuk teknologi untuk PSS, sikap kesungguhan dan bijaksana dalam menentukan pembangunan PSS. Kajian menunjukkan peranan pengetuan dalam membangunkan PSS adalah melibatkan perkara-perkara separti membuat keputusan, memberi arahan, memimpin, menyelia, memantau, menyokong dan menjadi tempat merujuk. Diharapkan kajian ini dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya, Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dalam mengkaji dan melihat kepentingan peranan pengetua dalam membangunkan PSS. Apa yang lebih bermakna ialah memberi kesedaran bahawa pengetua harus membangunkan PSS yang sebahagian besarnya akan memberi sumbangan kepada program dan aktiviti kurikulum dan akademik, seterusnya kepada prestasi sekolah. publisher: Institut Aminuddin Baki date: 2011-12 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/19/1/Kesedaran_Dan_Peranan_Pengetua_Membangunkan_Pusat_Sumber_Sek.pdf identifier: Siti Hadijah, Alwi (2011) KESEDARAN DAN PERANAN PENGETUA MEMBANGUNKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (TUMPUAN KEPADA SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI NEGERI SELANGOR). Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 22 (02). pp. 20-45. ISSN 1511-4147