relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/190/ title: APAKAH YANG TERTULIS DALAM KHAZANAH TULISAN ILMIAH TENTANG TRET, TINGKAH LAKU DAN TINDAKAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI SEORANG PENGETUA YANG BERKESAN? creator: Ishak, Sin subject: LB1603 Secondary Education. High schools description: Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menafikan tentang peri pentingnya peranan pengetua terhadap kejayaan sesebuah sekolah, kecuali orang berkenaan mempunyai sikap prejudis terhadap individu yang menjadi pengetua. Fred Hechinger, Presiden New York Times, pernah menulis laporan tentang pentingnya peranan pengetua ke atas kejayaan dan kejatuhan sekolah; "Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua yang cekap. Saya pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti pengetuanya" (Davis & Thomas 1989: 17). Memandangkan betapa pentingnya pengetua dalam mencorak dan menentukan hala tuju serta kejayaan sesebuah sekolah, maka ramai penulis melabelkan pengetua sebagai; "Orang yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah sekolah" dan "orang yang menentukan suasana dan hala tuju sekolah". Gelaran sedemikian menunjukkan bahawa satu pengiktirafan yang tinggi telah diberikan oleh masyarakat kepada golongan pengetua. Terdapat banyak kajian dan penulisan yang menyimpulkan bahawa pengetua adalah merupakan pemimpin yang penting dalam memajukan sesebuah sekolah (Edmonds 1979, Brookover et al. 1979). Mengikut kajian-kajian dalam bidang kepimpinan, keberkesanan seseorang pemimpin adalah ditentukan oleh tret dan tingkah lakunya. Di sekolah-sekolah berkesan pula, keberkesanan seseorang pengetua itu ditentukan oleh tret, tingkah laku dan tindakan-tindakannya (Davis & Thomas 1989). Namun begitu tidak ramai orang yang mengetahui apakah tret, gaya dan tingkah laku kepimpinan serta tindakan-tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua hingga menyebabkan beliau begitu berjaya. Oleh kerana itu, adalah menjadi tujuan kertas ini untuk menyorot tulisan-tulisan ilmiah yang menjelaskan tentang tret, tingkah laku dan tindakan-tindakan pengetua yang berkesan. Tulisan-tulisan ilmiah tersebut meliputi kajian-kajian tempatan dan juga di luar negara. Di samping sorotan khazanah ilmiah, kertas ini juga berhasrat untuk mencadangkan satu model pengetua berkesan. publisher: Institut Aminuddin Baki date: 2004-12-06 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/190/1/PROSIDING_SN_12.pdf_1.pdf identifier: Ishak, Sin (2004) APAKAH YANG TERTULIS DALAM KHAZANAH TULISAN ILMIAH TENTANG TRET, TINGKAH LAKU DAN TINDAKAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI SEORANG PENGETUA YANG BERKESAN? Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 2004. pp. 27-37. ISSN 983-9479-17-2