%0 Journal Article %@ 983-9479-17-2 %A Mohamed, Abdul Majid %A Institut Aminuddin Baki, %D 2004 %F iab_repo:193 %I Institut Aminuddin Baki %J Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 2004 %K keyakinan masyarakat, ekspektasi masyarakat, sekolah kebangsaan %P 61-66 %T MEMBINA KEYAKINAN MASYARAKAT TERHADAP SEKOLAH KEBANGSAAN DALAM KONTEKS SEKOLAH KUALITI %U http://eprints.iab.edu.my/v2/193/ %X Peningkatan ekspektasi, kehendak dan harapan masyarakat terhadap sesebuah institusi pendidikan adalah berpunca daripada cabaran-cabaran dalam alaf baru termasuk globalisasi, impak teknologi maklumat yang pesat, transformasi antarabangsa ke arah K-ekonomi, tuntutan-tuntutan terhadap pembangunan masyarakat dan persaingan-persaingan antara bangsa dan wilayah. Cabaran-cabaran yang dianggap satu peluang keemasan yang perlu direbut oleh para pendidik telah dijadikan sebagai kayu pengukur oleh masyarakat terhadap pembinaan empayar keyakinan. Sekolah Kebangsaan sebagai sebuah institusi pendidikan yang paling unik telah dipengaruhi dengan budaya-budaya yang jelas bertentangan dengan ekspektasi masyarakat yang amat tinggi untuk melahirkan generasi alaf baru yang berilmu, tinggi daya juang dan daya tahannya. Kegusaran masyarakat terhadap penonjolan Sekolah Kebangsaan amat terserlah dalam dunia persaingan dengan sekolah-sekolah lain yang wujud dalam dunia yang tanpa sempadan ini. Kerap kali masalah-masalah pembudayaan yang diketengahkan secara tidak langsung ada kaitannya dengan prestasi sesebuah sekolah dalam pelbagai aspek. Kekaburan orang ramai terhadap budaya-budaya yang boleh mengubah cara pemikiran dan tindakan untuk memajukan anak bangsa masih wujud dan tidak diperjelaskan dengan bersungguh-sungguh. Masyarakat masih disogokkan dengan budaya-budaya lapuk yang menjadi batu penghalang kepada peningkatan perkhidmatan berkualiti sesebuah sekolah. Pendedahan tuntutan ilmu dan daya saing yang hebat tidak dijadikan satu agenda atau cabaran yang penting. Keperluan ilmu di alaf baru tidak dijadikan satu keutamaan dalam cabaran alam pendidikan di dunia yang tanpa sempadan ini. Apabila berada dalam keadaan yang terumbang ambing dan disisipi dengan ketiadaan hala tuju, masyarakat akan terkejut apabila tiba-tiba diletupkan dengan sesuatu cabaran yang hebat yang mana telah lama menjadi budaya hambatan orang lain di alam pendidikan. Budaya kerja berkualiti dianggap satu perkara yang luar biasa dan membebankan. Sikap melengah-lengahkan usaha yang selalu dijadikan kebiasaan telah mencetuskan satu fenomena yang amat selesa dan disenangi oleh ramai orang tanpa mengambil kira maruah dan imej diri yang tercabar, keseronokan dan akhirnya menjadi juara kepada penerapan nilai-nilai yang positif Masalah-masalah yang dihadapi hanya diolah secara bermusim dan kerap kali dibincang oleh banyak pihak tanpa membuahkan satu pelan tindakan yang mantap yang boleh mengubah secara global budaya sekolah yang secara optimis boleh melonjakkan imej di persada dunia pendidikan.