%T SAFE SCHOOL: IDENTIFIKASI PROFESIONALISME GURU %L iab_repo194 %J Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 2004 %P 67-80 %D 2004 %A Zain Shukri %A Syed Mohamad Syed Ismail %X Safe School atau dikenali juga sebagai Sekolah Selamat merupakan idea yang tercetus di Amerika Syarikat dan telah dilaksanakan dengan agak berjaya di California dan Massachusset. Kecenderungan wujudnya identifikasi dan persamaan konsep di antara Safe School dengan Smart School atau Sekolah Bestari di Malaysia telah menjadi asas kepada tujuan kajian dalam kertas kerja ini. Implimentasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sendiri mencerminkan kurikulum tersirat (Hidden Curriculum) yang telah mewarnai hampir setiap elemen yang ada pada model Sekolah Selamat dalam sistem pendidikan di negara ini. Isu-isu semasa yang sedang dihadapi yang menjadi persoalan kepada perlunya idea Sekolah Selamat telah dianalisis dari perspektif tempatan dan luar negara. Manakala empat cabaran utama telah dikenalpasti sebagai kekangan dalam usaha meletakkan asas panduan implimentasi Sekolah Selamat. Sehubungan itu, sebagai satu instrumen identifikasi profesionalisme guru, cadangan strategi perlaksanaan Sekolah Selamat yang dikemukakan dalam kajian ini telah memberi penekanan kepada empat komponen teras yang merangkumi; struktur organisasi sekolah, kepimpinan, pengiktirafan dan sokongan serta eskpektasi akademik yang jelas. Di dalam komponen struktur organisasi sekolah, pemerincian berkaitan program desentralisasi, pengwujudan "Site Management" dan pengamalan "empowerment" telah dihurai secara kritis dalam konteks Malaysia ke arah membina weltanchauung kepengurusan sekolah dalam kerangka falsafah pendidikan dan citra negara ini sendiri. Secara keseluruhannya, kehadiran Sekolah Selamat telah dilihat akan kepentingannya sebagai memenuhi aspirasi wawasan pendidikan negara ke arah menyediakan landasan pragmatis menuju era globalisasi menjelang alaf baru. %K safe school, sekolah selamat, struktur organisasi sekolah, kepimpinan, pengiktirafan dan sokongan, eskpektasi akademik %I Institut Aminuddin Baki