@article{iab_repo199, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, author = {Hap Zain Shukri }, pages = {133--153}, month = {December}, journal = {Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 2004}, year = {2004}, title = {KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN MOTIVASI }, keywords = {komunikasi kepimpinan, motivasi warga organisasi}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/199/}, abstract = {Kajian ini bertujuan meninjau hubungan antara komunikasi kepemimpinan dengan motivasi warga organisasi. Pembolehubah komunikasi kepemimpinan yang dikaji dibataskan kepada dua dimensi iaitu; komunikasi kepemimpinan autoritatif dan komunikasi kepemimpinan kolaboratif terbuka. Manakala motivasi instrinsik (kepunyaan) dan motivasi ekstrinsik (sikap penglibatan) merupakan dua dimensi yang terlibat dalam pembolehubah motivasi. Di samping itu, kajian ini cuba menentukan sama ada terdapat perbezaan tahap motivasi warga organisasi berdasarkan ciri-ciri demografi. Sampel kajian terdiri dari 127 orang warga di Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak. Dengan menggunakan soal selidik, penganalisisan data dibuat dengan memanfaatkan ujian statistik korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA sehala, di samping peratus, kekerapan, min dan mod. Hasil kajian mendapati komunikasi kepemimpinan mempunyai hubungan yang signifikan dengan motivasi warga (r=0.52), p={\ensuremath{<}}0.05). Didapati dimensi komunikasi kepemimpinan kolaboratif terbuka mempunyai hubungan yang lebih ketara (r=0.65) berbanding komunikasi kepemimpinan autoritatif membina (r=0.52). Manakala kedua-dua dimensi motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik menunjukkan hubungan yang signifikan dengan komunikasi kepemimpinan. (r=0.61, r=0.58; p{\ensuremath{<}}0.05). Ujian-t dan ANOVA sehala yang dijalankan ke atas pembolehubah demografi, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap motivasi warga berdasarkan ciri-ciri demografi terpilih. Penemuan kajian memberi petunjuk bahawa warga berpuashati dengan persekitaran organisasi dari segi gaya komunikasi kepemimpinan ketua. Dalam usaha menjana motivasi warga berasaskan kedua-dua dimensi komunikasi kepemimpinan, kajian ini mencadangkan implimentasi dua langkah strategik; iaitu teorem komunikasi dan skema penjernihan hubungan insan. } }