%T GAYA PEMUDAH CARA PERUBAHAN DI SEKOLAH: SEJAUH MANAKAH PENGETUA-PENGETUA MENGAMALKANNYA %L iab_repo201 %J Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 2004 %P 175-182 %D 2004 %A Abd Rahman Mohd Anuar %A Yahaya Azizi %A Hassan Mohamed Yusope %X Kajian deskriptif ini bertujuan meninjau persepsi guru-guru terhadap gaya pemudah cara perubahan di kalangan pengetua-pengetua dan kaitannya dengan dimensi tingkah laku kepimpinan di sekolah menengah. Terdapat tiga gaya pemudah cara pengetua iaitu gaya responden, gaya pengurus dan gaya perintis sementara tujuh dimensi tingkah laku yang berkaitan dengan gaya pemudah cara perubahan pengetua yang dilihat dalam kajian ini iaitu penetapan matlamat, menstruktur dan menyusun semula sekolah, menguruskan perubahan, bekerjasama dan menugaskan kerja, membuat keputusan, memberi bimbingan dan sokongan dan akhir sekali penstrukturan peranan kepimpinan pengetua. Seramai 167 orang guru dipilih sebagai sampel penyelidikan dari 14 buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini di mana kebolehpercayaan daripada kajian rintis menunjukkan nilai alpha Cronbach adalah 0.9210. Penganalisaan data dilakukan menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences version 9.0 dengan melakukan analisis secara deskriptif dan inferensi. Selain itu analisa tahap dilakukan berpandukan tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi untuk melihat tiga gaya pemudah cara yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan gaya pemudah cara pengurus dan perintis adalah pada tahap yang tinggi berbanding gaya pemudah cara responden pada tahap yang sederhana. Di samping itu, kajian juga menunjukkan penstrukturan peranan kepimpinan merupakan aspek utama dalam dimensi tingkah laku yang diberikan penekanan oleh pengetua-pengetua. Analisis Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut persepsi guru lelaki dan perempuan terhadap tiga gaya pemudah cara pengetua. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan gaya pemudah cara pengurus dan perintis mengikut perjawatan. Berdasarkan analisis inferensi, didapati perhubungan korelasi bagi sefiap gaya pemudah cara perubahan dan bagi sefiap tujuh dimensi tingkah laku pengetua. %K gaya responden, gaya pengurus, gaya perintis, menguruskan perubahan, penstrukturan peranan kepimpinan pengetua %I Institut Aminuddin Baki